Siakap Keli

Rakaman Aliran Lava Panas Gunung Berapi Anak Krakatau Sebelum Gelombang Tsunami, Angka Korban Cecah 222 Orang

Setakat jam 11.11 malam tadi, angka terkorban meningkat seramai 222 orang manakala 843 cedera dan 20 lagi masih hilang akibat ombak tsunami yang membadai pulau Sumatera pada Sabtu malam lalu.

Memetik laporan media tempatan, beratus-ratus rumah telah musnah akibat kejadian tersebut.  Fenomena tsunami itu dikatakan berpunca daripada letusan gunung berapi Anak Karakatau yang merupakan 1 daripada 127 gunung berapi paling aktif di sepanjang gugusan pulau-pulau.

Video letusan gunung berapi itu sempat dirakaman penduduk memperlihatkan lelehan lava mengalir keluar daripada gunung itu dan dipercayai sehingga menyebabkan tanah runtuh di bawah laut.

Seorang juru gambar dari luar negara yang berada di tempat kejadian turut mencatat detik tragis ketika kejadian melalui akaun Facebook miliknya.

Bencana malam kelmarin menyerang perjalanan keluarga saya ke pantai Barat-Jawa (Anyer) -bila kami terkena ombak tsunami.

Saya sendiri berada di pantai yang memotret gunung berapi terkenal – Anak-krakatau, ketika saya tiba-tiba melihat gelombang besar datang. Saya terpaksa berlari, ketika gelombang melewati pantai dan mendarat 15-20m ke pedalaman. Gelombang seterusnya memasuki kawasan hotel di mana saya tinggal.

Pihak berkuasa di sini mengatakan bahawa ini sebenarnya mungkin merupakan tsunami yang disebabkan oleh aktiviti letusan gunung berapi yang saya ambil gambarnya sebelum itu.”

Tambah komen