Siakap Keli

Seram, Pantulan Wajah Gadis Ini Tidak Sama Di Cermin Ketika Namanya Dipanggil

Apa yang terjadi kepada gadis ini persis daripada adegan filem M. Night Shyamalam apabila pantulan cermin dihadapannya berbeza ketika kawan menyebut namanya.

Melalui klip video yang tersebar di Facebook dimuat naik oleh Stomper Rashid, seorang gadis berpakaian warna monokrom dilihat sedang mencuci tangannya di hadapan cermin.  Mungkin nampak normal pada awalnya, namun, ia bertukar ngeri apabila namanya dipanggil.

Ketika gadis itu memalingkan mukanya, refleksi wajah gadis itu tidak mengikut gerakan asal badannya.

Tidak diketahui klip itu sahid atau diedit tapi ia pasti membuatkan anda mengulang tayang beberapa kali.

Sumber: Stomp

Nur Farra