Siakap Keli

Doa Selama 14 Tahun Lelaki Ini Untuk Temui Jasad Isteri Mangsa Tsunami Acheh Termakbul

Hajat seorang lelaki untuk bertemu semula dengan isterinya yang hilang dalam tragedi Tsunami Acheh 2004, akhirnya tertunai selepas 14 tahun. Tetapi isteri yang ditemui dalam keadaan jasad yang tidak bernyawa lagi.

Jenazah isteri kepada Taufik Alamsyah adalah antara 45 jasad yang ditemui dalam beg mayat dalam sebuah kubur besar yang tidak didaftarkan sebagai kubur mangsa tsunami di Dusun Lamseunong, Desa Kajhu, Kecamatan Baitusallam, Aceh Besar, 19 September lepas.

”Ya, saya dianggap gila kerana masih mengharapkan keajaiban, siapa tahu dia (arwah siteri) akan kembali. Isteri saya ketika kejadian lari menyelamatkan dirinya bersama keluarga mertua,” kata Taufik ketika mengulas penemuan tersebut.

Ujar Taufik lagi, mereka ketika itu menetap di Kajhu, Aceh Besar apabila tsunami datang membadai dan menghanyutkan rumah mereka sejauh 200 meter.

Ketika mereka hanya mampu berpaut pada dinding rumah supaya tidak dihanyutkan harus deras, Taufik melihat pautan isteri, anak-anak dan keluarga mertuanya terlepas dan hilang daripada pandangan mata. Taufik memberitahu dia cuba mencari keluarganya itu selepas kejadian tetapi tidak pernah berjumpa lagi.

”Selama 14 tahun saya berharap untuk bertemu dengan isteri saya lagi, tidak kisahlah bagaimanapun keadaannya,” kata Taufiq lagi.

Ketika mendapat khabar berita bahawa jenazah isterinya, Sri Yunida sudah ditemui, Taufik merasa terkejut tetapi bersyukur kerana penantiannya sudahpun berakhir.

BACA: Selepas 14 Tahun, 45 Mayat Mangsa Korban Bencana Tsunami Acheh Ditemui

Sumber: Oke News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.