Siakap Keli

Angin Kencang Mulai Esok Hingga Khamis, Amaran Berjaga-jaga Dikeluarkan Bagi Kawasan Pantai Timur

Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran angin utara dan laut yang kuat di perairan di utara Condore, Reef North dan Palawan bermula esok hingga Khamis (3 Jan).

Angin boleh mencapai kelajuan 50 km hingga 60 km sejam dan ombak boleh naik setinggi 4.5 meter, katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa keadaan itu berbahaya bagi semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk perkhidmatan memancing dan feri.

Sementara itu, angin utara yang kuat 40 km hingga 50 km sejam dan gelombang setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, selatan Palawan , Labuan dan Barat Sabah untuk tempoh yang sama.

“Keadaan ini berbahaya untuk bot kecil, rekreasi dan sukan laut,” katanya. – Bernama

Nur Farra