Siakap Keli

(Video)Koko Si Gorilla Yang Mahir Bahasa Isyarat, Saksikan Pesanan Terakhirnya Sebelum Mati

Koko mungkin gorilla paling popular di dunia. Haiwan ini menjadi satu-satunya gorilla di dunia ini yang boleh menguasai Bahasa Isyarat Amerika dengan baik dan boleh berkomunikasi.

Malangnnya, pada 21 Jun yang lalu, Koko telah pun mati pada usianya 46 tahun. Bagi seekor gorilla, umur sebegitu boleh dianggap terlalu tua. Kebolehan Koko berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dianggap oleh penyelidik sebagai membuka persepsi baru terhadap tahap kecerdasan primat tersebut.

Lahir pada 4 Julai 1971, Koko pada asalnya bernama Hanabiko yang bermaksud ‘fireworks child’. Gorilla ini merupakan sebahagian daripada projek thesis ahli psychologist, Penny Patterson yang membelanya sejak dari bayi lagi.

Penny bertindak mengajar Koko pelbagai bentuk bahasa isyarat dan sepanjang usianya Koko berjaya menguasai 1,000 jenis isyarat. Koko menggunakan sekitar 600 jenis isyarat setiap hari untuk berkomunikasi dengan penjaganya.

Walaupun ramai yang mengkritik Koko tidak mungkin boleh berfikir seperti manusia yang boleh menyampaikan ayat yang penuh melalui bahasa isyarat, namun keupayaan Koko untuk menguasai bahasa hasil pemerhatian ke atas ajar Penny tetap mengagumkan.

Saksikan video di bawah yang didakwa merupakan pesanan terakhir Koko sebelum mati.

Sumber: Gizmodo

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.