Siakap Keli
BERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA?

(Video)Pemain Muda Lincah, Akhyar Rashid Sah Milik Harimau Selatan

Polemik demi polemik yang berlaku membabitkanya akhirnya terjawab apabila laman Twitter, Johor Southern Tiger sebentar tadi mengucapkan selamat datang kepada pemain muda berbakat negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke kelab berkenaan.

Akhyar yang sebelum ini mula mencipta nama bersama skuad Helang Merah, mula mencuri tumpuan peminat-peminat bola sepak tanah air apabila mempamerkan aksi lincahnya di atas padang setiap kali diturunkan dalam aksi liga tempatan.

Malah, aksinya di peringkat kebangsaan bersama skuad senior mahupun peringkat umur sentiasa menjadi tarikan buat-buat penonton-penonton bola sepak tanah air.

Keserasian yang ditunjukkannya bersama-sama penyerang kebangsaan, Safawi Rasid yang merupakan tonggak JDT dalam beberapa kejohanan peringkat Asia dan serantau dijangka bakal menggegar Liga Super Malaysia musim baru tahun depan.

Bersama JDT, Akhyar juga bakal mendapat peluang untuk beraksi diperingkat tertinggi sekali lagi apabila juara liga lima kali berturut-turut itu bakal berentap buat kali pertama di Liga Juara-Juara Asia (ACL), iaitu liga tertinggi Asia peringkat kelab.

Sumber: Johor Southern

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.