Mungkin ramai orang di luar sana yang terlepas pandang atau langsung tidak kisah tentang ciri pemakanan sihat dan juga berkhasiat. Sedangkan pemakanan mampu mempengaruhi tahap kesihatan kita terutama bagi kaum wanita.
Melihat kepada keadaan hari ini, walaupun pada usia muda tetapi sudah dihinggapi pelbagai penyakit berbahaya seperti jantung, darah tinggi, kencing manis dan obesiti. Namun begitu, masih ramai lagi yang tidak sedar tentang pentingnya amalan gaya hidup yang sihat dan pelan piramid makanan.

Boleh dikatakan setiap hari, pelbagai kempen berkaitan kesihatan di iklankan di kaca televisyen untuk menyedarkan orang ramai. Pernah anda dengar mengenai Anemia, dimana kekurangan sel darah merah yang menyukarkannya untuk membawa oksigen yang mencukupi ke seluruh badan.
Selain itu, pesakit akan menunjukkan gejala seperti lemah, pucat, sesak nafas, sakit dada, degupan jantung yang tidak stabil, dan sakit kepala. Tidak semua orang mengalami gejala yang sama, mungkin berbeza bergantung kepada ketahanan dan juga sel darah merah pesakit.

Penyakit ini berpunca daripada beberapa sebab antaranya berlakunya pendarahan sehingga kehilangan banyak darah merah seperti kehamilan, badan anda yang sendiri yang memusnahkan sel-sel darah merah, kekurangan zat besi, kekurangan vitamin, keturunan. Sel darah merah mengandungi hemoglobin yang membolehkannya membawa oksigen ke dalam paru-paru untuk dihantar ke seluruh badan dan menghantar karbon dioksida ke paru-paru untuk dikeluarkan.
Kandungan hemoglobin dalam sel darah merah boleh dihasilkan dengan pengambilan makanan yang mengandungi Zat Besi, Vitamin B-12, Folat serta nutrien sihat yang lain. Sebahagiannya hanya mengalami dalam jangka masa yang pendek dan ada yang panjang.
Bagi yang mengalami gejala seperti ini perlu segera mendapatkan rawatan dari pakar bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk. Pesakit boleh mengambil makanan yang menggalakkan pertumbuhan sel darah merah seperti:
- Zat Besi- Sayur-Sayuran Berdaun Hijau, Kacang, Daging Lembu dan Buah-Buahan
- Folat-Buah-Buahan, Sayuran Berdaun Hijau, Bijirin seperti Roti, Pasta dan Beras
- Vitamin B-12-Daging, Produk Tenusu, Bijirin dan Soya
- Vitamin C- Brokoli, Tomato, Tembikai dan Stawberi


Pengambilan serat yang mencukupi mampu membantu pesakit anemia bagi mengelakkan badannya menjadi lesu dan lemah kerana kekurangan darah merah.
Sumber: mayoclinic, healthline, webmd