Siakap Keli
Penjara Bagansiapiapi -

Derita Penjara Terpadat, Banduan Tidur Berhimpit Umpama ‘Kelawar’

Tidur umpama kelawar. Begitulah nasib yang menimpa banduan di Penjara Bagansiapiapi, Riau, sebuah penjara terpadat di Indonesia. Manakan tidak, dalam keadaan berhimpit, mereka terpaksa memikirkan alternatif lain untuk tidur dengan lebih selesa.

Caranya hanya satu, mereka menggunakan kain dan mengikatnya di gerigi besi sebagai buaian untuk dijadikan tempat tidur. Itu sahaja caranya supaya semua orang mempunyai ruang rehat masing-masing.

Difahamkan, kapasiti penjara di Riau itu yang sepatutnya hanya memuatkan 98 orang tahanan tetapi sehingga kini telah menempatkan hampir 8 kali ganda dari jumlah sepatutnya iaitu seramai 800 orang.

Gambar : detiknews

Hal ini disebabkan, mereka tidak mempunyai pilihan kerana semua penjara juga telah penuh di mana semua pusat tahanan lain juga telah melebihi had yang sepatutnya.

”Mahu dipindah ke mana lagi, semua keadaannya sama sahaja di Riau ini. Memang rasa serba salah, tetapi yang penting selamat pun sudah bagus,” kata Ketua Penjara Bagansiapiapi, Jufri Ja’bar.

Menurut Ketua Umum Penjara, terdapat sebilangan kes-kes yang boleh diselesaikan di luar tetapi tertuduh dipenjarakan menyebabkan lambakan banduan di Indonesia.

”Jadi begini, sekarang tahanan di dalam penjara sudah melebihi had. Kapasiti hanya 124.000, tetapi diisi 242.000, kenapa?

”Kerana kes-kes kecil yang boleh diselesaikan di luar tetapi semuanya dpenjarakan,” kata Ketua Umum Penjara, Sri Puguh Utami.

Sumber : detiknews 1, detiknews 2

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.