Siakap Keli
Gambar Hiasan

Polis Siasat Punca Kematian Beberapa Ekor Anjing Di Seremban

SEREMBAN, 6 Jan (Bernama) — Polis Seremban sedang menyiasat punca kematian beberapa ekor anjing di sebuah taman perumahan dekat sini baru-baru ini selepas menerima laporan dari seorang lelaki yang mengesyaki ada individu yang tidak bertanggungjawab meracuni haiwan itu.

Ketua Polis daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh pihaknya menerima laporan dari seorang lelaki yang berumur 50 tahun pada pukul 10.45 malam tadi, yang menyatakan seekor anjing peliharaannya ditemui mati di lorong belakang perumahan di Taman Lavendar Heights dekat sini.

Beliau berkata dalam laporannya, pengadu memberitahu bahawa pada 28 Dis lepas, dia meninggalkan lima ekor anjing peliharaanya di rumah kawannya yang juga tinggal di kawasan taman perumahan yang sama, dan apabila kembali dua hari kemudian, pengadu mendapati seekor daripada anjinya hilang.

“Keesokan harinya dia menemui anjingnya mati di lorong belakang rumah,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Menurutnya pengadu turut memberitahu banawa antara Selasa dan Jumaat lepas, dia juga ternampak dua ekor anjing mati berdekatan dengan rumahnya, dan mengesyaki ada individu yang tidak bertanggungjawab meracuni anjing-anjing itu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak viralkan kes ini kerana siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membunuh atau mencacatkan seseekor haiwan,” kata Thiew.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Editor: Fazidi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di