Siakap Keli

Mesyuarat Khas Pilih Agong 24 Jan Ini

Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan timbalannya akan diadakan pada 24 Jan ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Raja-raja dalam pertemuan pada 10.30 pagi tadi di Istana Negara yang turut menetapkan Mesyuarat Khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong yang baharu dan timbalannya akan diadakan pada 31 Jan ini.

Perjumpaan itu dihadiri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Pertemuan itu susulan pengumuman Sultan Muhammad V untuk melepaskan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa semalam. – Bernama

Nur Farra