Siakap Keli

“Kecemasan Sekalipun, Tak Payahlah Bagi Dia Kencing Atas Meja Restoran,” Ibu Kena Kecam Guna Cawan Tadah Air Kencing Anak

Rakaman video menunjukkan 2 orang wanita memangku anaknya yang sedang membuang air kecil diatas meja makan memualkan orang ramai disekelilingnya ketika itu.

Kejadian yang berlaku di Chunshuitang, China itu dirakam pengunjung kedai makan itu apabila anak kecil kepada wanita terbabit dibuka seluar dan dibiarkan kencing dalam bekas yang dipegang oleh ibunya.

Rata-rata netizen yang melihat rakaman itu jijik dengan perlakuan ibunya yang dikatakan malas ke tandas.

“Susah sangat ke nak pergi tandas! Jijikla,” kata salah seorang pengguna media sosial yang mengulas video tersebut.

Daripada video tersebut, kanak-kanak tersebut disuruh kencing didalam bekas dipercayai cawan, namun tidak pasti ianya milik pihak restoran atau dibawa oleh mereka sendiri.

Antara ulasan netizen:

“Kalau kecemasan sekali pun, tak perlulah kencing atas meja.”

“Dekat rumah bolehlah buat macam tu, dekat kawasan awam janganlah.  Takkan kau pergi pusat beli-belah pakai baju tidur sampai tak reti nak bezakan perkara yang boleh buat dekat rumah atau dekat luar.”

“Rembesan air kencing boleh menyebabkan kawasan berdekatan turut terjejas. Mana ada orang makan dalam tandas.  Ada ke orang suka macam tu?”

Sumber: ET Today

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di