Siakap Keli

”Tak Sama, Kami Cisco Yang Berbeza”, Syarikat Pengawal Keselamatan Nafi Jadi Majikan Individu Hina Agong

Insiden komen penuh penghinaan yang dibuat oleh seorang lelaki terhadap keputusan Baginda Sultan Kelantan meletak jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong nyata menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia dan masih belum reda.

Lebih malang, terdapat juga beberapa orang individu bertindak mendedahkan beberapa maklumat perbadi lelaki tersebut termasuklah maklumat syarikat dimana dia bekerja, iaitu di CISCO ASEAN.

Bagaimanapun, dalam keghairahan netizen meninggalkan komen mengecam dan mendesak CISCO ASEAN mengambil tindakkan terhadap lelaki tersebut, ada yang ‘tersilap menyerang’ apabila menjadikan Cisco (M) Sdn Bhd sebagai sasaran melepaskan kemarahan.

Sehubungan itu, Cisco (M) Sdn Bhd terpaksa memuat naik satu kenyataan ringkas di laman facebook rasmi mereka untuk menjelaskan beberapa perkara.

”Kami menghargai kesetiaan yang ditunjukkan ke arah Yang di-Pertuan Agong dalam isu komen yang tidak bertanggungjawab terbaru yang dibuat oleh seorang manusia yang bernama Eric Liew, ahli staf CISCO ASEAN.

”Kami ingin menyatakan bahawa CISCO (M) Sdn Bhd, dan CISCO ASEAN bukan syarikat yang sama.

”Eric Liew yang menyiarkan komen berkenaan keputusan baginda untuk letak jawatan bukan salah seorang ahli kakitangan kita.

”Kami mempercayai bahawa pihak syarikat CISCO ASEAN akan mengendalikan urusan ini secara profesional. Sebarang komen dan cadangan boleh diarahkan ke arah halaman Facebook mereka,” kata kenyataan tersebut.

Untuk makluman orang ramai, Cisco (M) Sdn Bhd merupakan syarikat pembekal tenaga kerja pengawal keselamatan manakala hasil carian kami di Internet mendapati bahawa CISCO ASEAN pula merupakan syarikat yang membekalkan produk keselamatan dan perkhidmatan berkaitan teknologi internet.

Sumber: Cisco (M) Sdn Bhd

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.