Siakap Keli

Sanggup Ukir Tatu Senarai Kesalahan Pada Badan Demi Raih Semula Kepercayaan Isteri

Seorang lelaki sanggup membuat tatu bersaiz besar pada bahagian depan badannya demi meraih semula kepercayaan isterinya setelah dia membuat kesalahan besar.

Jose Torres, kehilangan kepercayaan isterinya selepas dia membuat beberapa kesalahan besar dan diantaranya adalah berlaku curang.

Lelaki tersebut membuat tatu yang menyenaraikan kesalahan-kesalahan yang dibuat terhadap isterinya sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Tatu yang dibuat tersebut memaparkan tarikh, pengakuan dan jenis kesalahan.

“Saya Jose L. Torres membuat tatu ini secara sukarela pada 2 Januari 2019 bagi mengembalikan semula kepercayaan isteri saya selepas kesakitan dan penderitaan yang telah saya lakukan sepanjang perkahwinan kami. 

“Saya adalah seorang penipu, pencurang, sering manipulasi, tidak berlaku jujur, melanggan pelacur serta tidak sopan. 

Keadaan tatu yang dibuat pada bahagian dada hingga ke pusat  itu masih lagi merah dan kelihatan sakit selain mengandungi dua kesalahan ejaan.

Gambar tersebut dikongsi oleh Torres di laman sosialnya dan menerima pelbagai reaksi dari netizen dalam masa yang singkat.

Sumber: Mirror

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar