Siakap Keli
Gambar Hiasan

Bahan Utama Dalam Kebanyakkan Sushi Boleh Melindungi Anda Daripada Beberapa Risiko Penyakit Berbahaya

Malaysia antara negara yang kaya dengan kepelbagaian menu makanan dalam dan juga luar negara. Walaupun tidak pergi ke luar negara tetapi kita masih boleh merasai makanan yang popular di kebanyakkan negara seperti Arab dan Amerika.

Sushi merupakan makanan tradisional Jepun yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kalau kita lihat kebanyakkan sushi akan menggunakan rumpai laut sebagai bahan utama. Sayur laut ini sangat popular di negara-negara asia seperti Jepun, Korea dan China.

Sumber Google: www.thespruceeats.com

Rumpai laut mudah tumbuh di kawasan pantai berbatu dan kalau di Malaysia ia banyak di kawasan sabah dan sarawak serta mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Pelbagai produk kesihatan dan juga kecantikan dikeluarkan berasaskan bahan utamanya rumpai laut.

Sumber Google: www.bbcgoodfood.com

Walaupun nampak seperti sayur-sayuran biasa, namun khasiatnya mampu melindungi anda daripada risiko penyakit berbahaya seperti diabetes. Rumpai laut mampu meningkatkan kadar insulin dalam badan yang berfungsi menurunkan kadar gula dalam darah.

Selain warna dan rasanya yang sedap, rumpai laut juga mengandungi pelbagai vitamin, folat, zink, kalsium, magnisium dan lemak omega-3 yang diperlukan oleh tubuh untuk kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari serta mempercepatkan proses membaiki luka disebabkan keradangan.

Sebatiannya dapat memastikan usus anda sentiasa sihat dan mengelakkan daripada berlakunya sembelit. Kandungan serat dalam rumpai laut lebih tinggi daripada buah-buahan dan mahupun sayur-sayuran lain.

Bagi yang mengalami masalah obesiti pasti sukar mencari menu yang sesuai dan sihat untuk dimakan semasa proses menguruskan badan. Sayuran ini tidak mempunyai kalori dan kandungannya yang dipanggil fucoxanthin dapat mengurangkan kadar lemak dalam badan dan membuatkan anda cepat kenyang.

Tidak semua makanan mendatangkan kesan yang positif dan negatif ia bergantung kepada jumlah yang kita ambil. Sekiranya diambil secara berlebihan ia mungkin akan mendatangkan mudarat pada diri seperti obesiti atau sakit jantung. Bak kata satu falsafah “bukan hidup untuk makan tapi makan untuk hidup”.

Sumber: healthlinemedicalnewstodaybbcgoodfood

marlya syafikah