Siakap Keli
Leaderonomics.com

Malaysia Negara Terbaik Di Dunia Untuk Melabur Dan Buka Perniagaan Tahun 2018

Malaysia telah dinobatkan sebagai negara terbaik buat para pelabur untuk bisnes atau melabur bagi tahun 2018, mengikut senarai yang dikeluarkan oleh majalah Majalah CEO World.

Dalam senarai sebanyak 50 negara tersebut, Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang paling menarik untuk para pelabur dan ahli perniagaan.

Selain itu, majalah tersebut turut menyenaraikan Poland di tempat kedua diikuti negara jiran, Filipina di tempat ketiga.

Majalah CEO World menetapkan senarai tersebut berdasarkan 11 faktor iaitu indeks rasuah, kebebasan, tenaga kerja, perlindungan terhadap pelabur, kemudahan inrastruktur, cukai, kualiti hidup dan kemajuan teknologi.

Kejayaan Malaysia menduduki tempat pertama telah mengatasi beberapa negara maju yang lain antaranya Singapura (6), United Kingdom (16), Amerika Syarikat (18), Jerman (25) dan Jepun (32).

Sumber: CEO World

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.