Siakap Keli

Terpaut Ketika Main ‘RPG Online’, ”Gamer” Profesional Amerika Kahwini Gadis Idaman

Siapa sangka cinta berputik ketika bermain permainan video RPG (role playing game) dan menemukan pasangan ini yang masing-masing berbeza negara.

Seorang gadis Filipina berusia 23 tahun dan bekerja sebagai seorang pembantu di Arab Saudi gemar menggunakan masa terluang dengan bermain permainan itu sebagai salah satu cara mengurangkan rasa kerinduan kepada kampung halaman serta berurusan dengan majikan ‘kaki dera’.

Pertemuan dalam dunia permainan video yang menyatukannya dengan jejaka dari Amerika Syarikat, Triston, 21, pada tahun 2017 menjadi bibit-bibit awal percintaan mereka apabila dari situ mereka mula berkenalan dengan panggilan video setiap hari.

Mereka ‘bersatu’ melalui permainan itu apabila Triston gemar memberi Samra barangan-barangan unik dan ‘duit’ melalui permainan tersebut.

Triston pernah beberapa kali cuba melamar Samra namun, Samra menolak kerana masih terkesan dengan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya.

Namun, pada September tahun lalu, Samra membuat kejutan pada hari ulang tahun Triston apabila menerima lamaran untuk kesekian kalinya.

Mereka akhirnya berjumpa secara berhadapan di Filipina pada December dan melangsungkan perkahwinan cara Islam setelah Triston menganut agama yang sama.

Triston dan Samra ketika ini tinggal di Filipina namun Triston merancang untuk pulang ke Amerika sambil membantu menguruskan kewarganegaraan isterinya.

Sumber: GMA News

Nur Farra