Siakap Keli
European Parliament - europa.eu

Berapa Lamakah Masa Diperlukan Untuk Sampah Terurai Mengikut Jenis

Menurut Laporan Dapatan Makmal Pengurusan Sisa Pepejal yang boleh dimuat turun daripada laman web Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, dianggarkan rakyat Malaysia menghasilkan sampah sebanyak 44,888 tan sehari pada 2018 dan jumlahnya akan meningkat kepada 49,670 tan sehari menjelang 2020.

Jadi, masalah sampah sebenarnya adalah satu masalah yang serius dan perlu diberi perhatian oleh orang ramai, khususnya anda sebagai rakyat Malaysia.

Sesetengah sampah, jika dibuang atau dilupus tidak mengikut piawaian yang ditetapkan, hanya membuatkan Bumi tercemar dan kemudiannya, menjadi punca kepada pelbagai bencana alam yang memudaratkan manusia kembali.

Pernahkah anda terfikir, tempoh masa untuk sampah seperti plastik, puntung rokok, lampin pakai buang, polistrin dan sebagainya terurai? Setahun, 10 tahun atau 100 tahun?

Berikut adalah tempoh yang diperlukan oleh sampah-sampah yang biasa dibuang oleh orang ramai untuk terurai.

1. Plastik

Sampah plastik adalah antara sampah yang biasa dibuang dalam kehidupan moden ini. Sebut sahaja dan dimana-mana, pasti ada plastik. Beg plastik, plastik keropok, pembalut barang dan sebagainya, semuanya adalah plastik.

Plastik sampah juga merupakan salah satu sampah yang mengambil masa paling lama untuk terurai. Biasanya, plastik yang dibuang memerlukan masa sehingga 1000 tahun untuk terurai. Manakala beg plastik pula mengambil masa diantara 10 sehingga 1000 tahun.  Bagi botol plastik pula, masa yang diambil untuk terurai adalah melebihi 450 tahun.

2. Lampin pakai buang

Lampin pakai buang mungkin adalah satu keperluan untuk kebanyakkan ibu-bapa di Malaysia yang mempunyai anak kecil.

Bagaimanapun, antara cara paling mudah untuk melupuskan lampin pakai buang ini adalah memasukkan sekali dengan sampah isi rumah dan akan dipungut oleh pihak bertanggungjawab.

Bagi lampin pakai buang, masa yang diperlukan untuk terurai adalah antara 250 sehingga 500 orang untuk terurai. Bayangkanlah jumlah lampin buang yang pernah digunakan kita selama ini, berapa lama agaknya masa diperlukan untuk terurai jika kita membuangnya tidak melalui saluran pelupusan yang betul.

3. Tin aluminium

Di tempat pelupusan sampah, masa yang diperlukan untuk tin aluminium terurai adalah diantara 80 sehingga 200 tahun.

4. Kaca

Secara mudahnya, kaca senang untuk dilupuskan kerana kaca diperbuat daripada pasir. Untuk melupuskan kaca, apa yang perlu dilakukan adalah memanaskannya kembali sehingga cair dan boleh digunakan untuk menghasilkan bekas yang baru.

Bagaimanapun jika dibuang di tapak pelupusan, gelas memakan masa jutaan tahun untuk dilupuskan dan ia adalah satu fakta yang sangat mengejutkan. Malah, sesetengah pakar berpendapat, kaca tidak akan terurai.

5. Kertas

Sampah kertas adalah antara sampah yang paling mudah terurai, biasanya mengambil masa diantara 2 sehingga 6 minggu untuk terurai.

Bagaimanapun, jangalah pula anda membuang sampah kertas di mana-mana sahaja, sebaiknya anda menghantarnya ke pusat kitar semula. Kertas itu apabila dikitar semula boleh diguna untuk menghasilkan produk baru.

6. Sisa makanan

Sisa makanan adalah antara sampah yang paling banyak ditemui. Ia memenuhi tapak pelupusan. Untuk sisa makanan terurai, ia bergantung kepada jenis sisa makanan itu terlebih dahulu.

Misalnya, kulit oren dianggarkan mengambil masa selama 6 minggu untuk terurai.

Berikut adalah jenis-jenis sampah yang lain dan masa yang diperlukan untuk terurai:

Jadi, jangan buang sampah di merata-rata tempat. Takut-takut sampah yang dibuang oleh tangan kita memberi mudarat besar kepada orang lain. Sayangilah Bumi kita.

Sumber: The Balance Small Business

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.