Siakap Keli
Gambar Hiasan

Dalam Kelembutan Seseorang Isteri Tersembunyi Kekuatan Dalam Menguruskan Rumah Tangga Tanpa Pernah Mengeluh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau kita lihat, ramai wanita di luar sana berjaya dalam pelbagai industri yang diceburi. Kesungguhan dan kekuatan mereka dalam melakukan kerja tidak boleh disangkal.

Begitu juga dalam rumah tangga, boleh dikatakan semua kerja dibuat oleh seorang isteri atau seorang ibu. Dari segi memasak, mengemas, membasuh semuanya dilakukan tanpa mengeluh.

Bagi Mohd Fhais perempuan ini diibaratkan seperti adiwira kerana dalam kelembutannya tersembunyi kekuatan menguruskan rumah tangga.

Wanita terkenal dengan sifat manja, lemah lembut dan sopan santun mereka. Tapi jangan main-main, di sebalik keayuan mereka itu ada kuasa tersembunyi.

Tak boleh disangkal lagi !

Wanita je boleh menjaga anak yang sakit 24 jam sehari tanpa rasa penat. Tak mengeluh sedikit pun. Sedangkan kita sikit sikit aduh penat, aduh sakit pinggang.

Kebiasaannya wanita perlu tidur 20 minit lebih dari lelaki supaya dapat “recharge” tenaga balik. Tapi bila bab menjaga anak sakit ni diorang sanggup tidur sehari 1-2 jam je dan lagi hebat dia masih kekal bertenaga. Hebatkan!

Lelaki pula ada had. Cukup masa memang kena tidur. Anak menangis pun masih boleh berdengkur. Bila dah tidur bukan mata je tutup, telinga pun tertutup sekali. Patutlah lelaki kena tidur kurang 20 minit dari wanita.

Yang paling saya tabik ialah daya tahan wanita. Memang kebal dari penyakit. Biasa kita kalau dah terlampau penat campur kurang tidur badan mesti layu, mesti senang nak jatuh sakit. Tapi wanita ni pelik, tak sakit langsung.

Sungguh hebat kuasa seorang ibu !

Sebab inilah wanita jadi PENJAGA KELUARGA KITA !

Sebab tiada orang lain yang lebih kuat dan lebih berdaya dari wanita untuk menjaga kebajikan dan kesihatan semua ahli keluarganya.

Mohd Fhais
Respect isteri dan wanita kat luar sana

P/s : Post ini halal untuk dikongsikan dengan pasangan dan wanita paling hebat dalam hidup anda supaya mereka rasa dihargai

Para suami di luar sana hargailah pengorbanan seorang wanita yang melahirkan, menjaga dan mengurus anak-anak kita. Seorang isteri dan ibu hanya mengharapkan kasih sayang dan perhatian daripada anda.

Sumber: Mohd Fhais

marlya syafikah