Siakap Keli
Gambar : Google

Lelaki Maut Gara-Gara Terlebih Makan Durian

Seorang pemandu van mini ditemui mati di Curug, Tangerang dekat Jakarta, Indonesia, Ahad lalu kerana didakwa terlebih memakan durian.

Ketua unit siasatan jenayah polis Tangerang Selatan, Alexander Yuriko memberitahu kompas.com pada Ahad bahawa pemandu berkenaan yang dikenali sebagai Adie, 53, menghidap darah tinggi.

Sehari sebelum meninggal dunia, mangsa sebelum itu didakwa telah memakan sejumlah besar durian pada jumaat malam.

“Mangsa disyaki meninggal dunia kerana tekanan darah tinggi dan memakan durian, di mana ianya menyebabkan saluran darah mangsa pecah dan hidungnya berdarah,” kata Alexandar pada Ahad.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui di dalam van mini oleh rakan-rakannya, yang tidak melihatnya sejak dari pagi Sabtu.

Mayat mangsa ditemui di dalam van mini – The Jakarta Post

Mayat mangsa diserahkan kepada ahli keluarga dan telah dikebumikan di kampung halamannya di Ciamis, Jawa Barat.

Sumber : TheJakartaPost

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.