Siakap Keli

Naik Berat 30kg Selepas Guna Ubat Kanser, Gadis Ditinggalkan Tunang Seminggu Sebelum Hari Perkahwinan

Seorang wanita ditinggalkan tunangnya seminggu sebelum hari perkahwinan mereka selepas pengambilan ubat kanser otak mengakibatkan beratnya naik lebih 30 kilogram.

Tunang Emily, 24 tahun memutuskan hubungan mereka melalui Facebook Messenger dan tindakan itu membuatkannya lebih tertekan.

Imej Kredit: Mirror UK

Emily berasal dari New York dan pindah ke Australia pada tahun 2012 bersama keluarganya dan bekerja sebagai pengurus bar serta pembantu kelab sebelum dia didiagnosis dengan kanser otak pada Februari 2016.

Seminggu sebelum hari bersejarahnya badan Emily semakin ‘membengkak’ kerana kesan pengambilan steroid untuk melawan penyakit itu.

“Jamie mesej saya dan bagitahu dia tak ingin bersama saya.  Dia tak cintakan saya sejak dulu lagi.”

“Sekarang saya tak rasa apa-apa lagi tentang dia.  Dia sakiti saya tapi tiada sebab untuk saya kecewa dan bersedih.”

“Saya hanya perlu kuat.”

Sumber: Mirror UK

Nur Farra