Siakap Keli

Tak Puas Hati Dikenakan Bayaran Bagasi Berlebihan, Lelaki Amuk Guna Parang Di Lapangan Terbang

Seorang penumpang mengamuk di Lapangan Terbang Rahadi Oesman Ketapang, Kalimantan Barat menggunakan parang selepas marah kerana dikenakan bayaran untuk berat bagasinya yang berlebihan.

Ketika kejadian, lelaki tersebut sedang melakukan proses daftar masuk penerbangan sebelum diminta membayar caj bagasi berlebihan yang dibawanya untuk menaiki pesawat tujuan Bandung pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, dia yang tidak menyedari perubahan polisi bagasi kabin penerbangan enggan membayar meskipun telah dijelaskan oleh petugas di situ.

Lelaki itu kemudiannya bergegas kembali ke keretanya sebelum datang semula ke lapangan terbang itu dengan membawa sebilah parang dan mengamuk di situ selain cuba memecah masuk ruangan kaunter daftar masuk.

Pihak pengurusan lapangan terbang tersebut yang mengesahkan kejadi itu segera menghubungi pihak sekuriti untuk mengawal keadaan bagi mengelakkan berlaku sebarang kecederaan sementara menunggu pihak polis tiba.

Lelaki tersebut sempat merosakkan kedua gagang pintu masuk lapangan terbang selain membuatkan orang awam lari dalam keadaan ketakutan.

Kini, dia berada dalam tahan pihak polis selain berdepan dengan hukuman maksima 10 tahun dipenjara.

Sumber: Kalbar Online

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar