Siakap Keli

Wanita Alami Trauma Mahu Bakar Mufin Turut Terpanggang Ular Yang Menyorok Dalam Tempat Pemanggang

Seorang wanita di Queensland alami trauma selepas tanpa sengaja terpanggang ular hidup yang bersembunyi di dalam tempat pembakar rotinya di rumah.

Ketika kejadian, Sallena Davis sedang menyediakan sarapan paginya sebelum mula menyedari sesuatu yang tidak kena dengan mufin yang sedang dibakarnya dalam pembakar.

Menurut wanita berusia 24 tahun itu, dia memasukkan mufinnya kedalam pembakar sebelum bersiap ke tempat kerja tetapi mula terdengar bunyi desiran dari arah dapurnya.

Sallena yang tertanya-tanya dengan bunyi aneh itu segera melihat ke dalam pembakarnya dan terkejut melihat seekor ular sedang bergerak-gerak akibat kepanasan.

“Saya melihat ke dalam pembakar tersebut bagi memastikan mufin saya tidak terbakar tetapi saya terlihat seekor ular sebelum menjerit memanggil suami saya dan tiba-tiba bekalan elektrik di rumah terputus. 

“Ketika kejadian, saya terlalu panik dan masih dalam keadaan trauma,” ujarnya.

Mereka segera membawa pembakar itu ke luar rumah dan cuba melepaskan haiwan tersebut yang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

“Meskipun saya sangat takut ketika itu tetapi saya juga berasa kasihan dengan ular jenis sawa batik tersebut dan cuba melepaskan pergi,” akhirnya.

Sumber: YAHOO7

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar