Siakap Keli

Penumpang Lain Mengadu Bau Badan Mereka Busuk, Sekeluarga Dihalang Naik Pesawat

Sepasang suami isteri dan bayi mereka menganggap diri mereka dimalukan di khalayak ramai apabila dihalang dari menaiki pesawat berikutan memiliki bau badan yang sangat busuk.

Menurut Yossi Adler dan isterinya Jennie, mereka didatangi oleh beberapa pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami yang meminta mereka untuk tidak menaiki kapal terbang selepas menerima aduan dari penumpang lain yang mengatakan bau badan mereka busuk.

” Mereka menghalang kami dari menaiki pesawat dengan alasan tersebut sebelum segera menutup pintu pesawat.

Insiden tersebut berlaku pada Rabu lalu ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Detroit dari Miami.

Pihak American Airlines turut mengesahkan kejadian itu dan berkata mereka terpaksa mengambil tindakan segera berikutan banyak aduan yang diterima oleh penumpang pesawat tersebut.

Keluarga itu diberikan penginapan dan makanan percuma sebelum dibenarkan menaiki pesawat pada keesokan harinya.

Sumber: Mirror

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar