Siakap Keli

”2 Tahun Dia Asyik Datang Tengok Baju Untuk Isteri Tapi Tak Beli,” Sayu, Pengusaha Butik Kongsi Kisah Sedih Pelanggan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak semua orang bernasib baik dikurniakan kehidupan seperti orang lain. Kisah lelaki istimewa yang mempunyai impian membeli baju untuk isterinya dalam keadaan tidak berkemapuan seperti yang dikongsikan oleh seorang pengusaha butik ternyata menyentuh perasaan ramai.

Selama hampir dua tahun dia mengunjungi buktik tersebu hanya untuk melihat. Apabila tiba waktunya, pakaian yang diidamkan itu pula sudah tiada. Mungin ini hanya secebis kisah masyarakat namun jika dihayati secara mendalam, memberi makna yang besar. Semoga bermanfaat dan menjadi contoh buat kita semua.

Ya, dia OKU since lahir sebab mak dia terjatuh masa mengandungkan dia so dia lahir dalam keadaan otot yang stroke. (I tak sampai hati nak soal selidik) sebab I baru berani tanya even dah kenal from 2017.

Dia ada isteri dan anak 2 orang dalam linkungan 15 tahun dan 10 tahun.  Dia kerja as cleaner dekat majlis daerah and his wife tak kerja. Tiap kali nak dekat raya dia akan datang butik sebab nak tengok baju. Dia nak isteri dia pakai cantik-cantik, wife dia jenis redho je, ikut je.

Dia selalu masuk tapi tak beli apa-apa tapi dia selalu tengok baju ready made yang sama je since 2017 for his wife. Dia suka tengok baju-baju Maison katanya elok. Kiranya dia suka sangat everything pasal Maison.

Lately since Dec dia every week datang butik tapi I takda sebab selalu outstation. Dia kata ‘aku macam orang bodoh je datang lepas tu keluar’. Then, I niat takpelah, I bagi jela baju ready made yang dia selalu tengok untuk wife dia tu dah nak masuk 2 tahun dia usha baju tu. Then, at the time dia datang baju tu dah takda orang dah beli. Mungkin takda rezeki dia kot.

Butik always welcome him plus dia sangat confident masuk butik since ramai orang area sini takut nak masuk Maison katanya macam mewah (I don’t think so). Tapi nak layan dia kena penuh sabar sebab dia jenis yang cakap kuat satu butik boleh dengar suara dia tak kisahlah ada orang tengah fitting or ramai client.. and I sendiri selalu tak faham apa dia cakap.. 

Normally, saya sendiri yang akan layan dia sebab dia nak saya layan dia walaupun I jarang layan walk in client tapi takpalah fikir positive je. Dia pernah jerit kat I masa tu I tengah ada appointment dengan client, ”woi ko nak lari mana aku datang ni,” sebab I masuk workshop nak cari tape.

So dia datang nak tempah baju raya anak sulung dia. Dia cakap untuk anak dia dulu. Kalau ada duit, dia tempah baju wife dia. Dia ada bela ayam, so dia jual ayam dia sikit-sikit nak bayar duit baju. So, I tak apalah, I bagi half price sajalah. Niat nak tolong dan I bagi satu kurta ready made for him. 

Maybe akan ada orang question kenapa I tak bagi je everything for free? Ok guys, I’m not be able to do that sebab my staff yang akan state the price untuk setiap custom made order sebab semua kerja adalah rezeki staff saya juga yang bukan orang-orang senang. I feel bad kalau I ignore them I hope you guys faham.

Even ready made pon vendor punya, I perlu minta izin sebab duit orang. I hanya designer bukan fully business owner so I tak boleh guna duit company or ambil tanpa izin semua orang. Nanti tak berkat, since kami sangat baru.
Then dia datang lagi nak try and error buat baju wife dia. Rezeki dia I ada, so I just minta dia bayar apa yang mampu. 

Dia cakap orang suka kutuk dia cacat, tapi isteri dia normal. Dia sakit hati and sedih, sebab itu dia nak tunjuk dia mampu bagi wife dia pakai cantik-cantik, pakai baju-baju butik. 

Dia cakap dia buat baju wife dia saja, dia tak payah. Nanti banyak kena bayar hutang. Lagipun ayam dia tengah selesema, tak boleh nak jual. 

Then I cakaplah, “Abang buat la baju raya satu.”. Dia kata, tak ada duit. I cakap, “Tak apa, abang bayar saja berapa yang mampu”and then he cry. Then dapatlah dia baju sebijik macam kat display. 

Moral of the story, I selalu rasa I tak dapat buat apa yang I nak. I nak join all the fashion show, jumpa orang-orang yang femes, happy inspiredkan orang ramai macam ramai designer nak. 

But take it memang dah ditentukan duduk luar bandar untuk bantu dan inspired orang kat sini. And I lupakan apa I nak bila I tengok muka all my staff. Banyak orang tak dapat mencapai apa yang mereka mahukan. Jadi saya korbankan impian saya untuk membantu masyarakat. 

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di