Siakap Keli

Amerika Syarikat Diselubungi Cuaca Paling Sejuk Pertama Kali Dalam 50 Tahun, Jutaan Penduduk Terancam Suhu Bawah Sifar

Amerika Syarikat menghadapi musim sejuk yang paling tinggi sepanjang 50 tahun ini sehingga menyebabkan kawasan di Chichago, Detroit dan Michigan diselaputi ribut salji yang boleh mengancam nyawa dalam masa 48 jam akan datang.

Midwest Atas di Amerika Syarikat mengalami kejatuhan suhu di bawah -45F, mengalahkan rekod sebelum ini pada tahun 1966 dengan -36F.

Sekurang-kurangnya 55 juta orang dijangka mengalami suhu dibawah sifar dan negara-negara seperti Midwestern Wisconsin, Michigan dan Illinois serta di negeri selatan Alabama dan Mississippi, telah diisytiharkan berada dalam keadaan kecemasan.

Fenomena sejuk ini digelar ‘vorteks kutub’ yang berpunca daripada pusingan udara kutub yang mengelilingi Kutub Utara.

Ahli meteorologi memberi amaran kepada orang ramai untuk memastikan lapisan kulit dilindungi bagi mengelakkan radang dingin dan hipotermia.

Pemandu juga perlu mempunyai kit survival musim sejuk di dalam kereta, sekiranya keadaan terlalu sejuk dan perlu menunggu lama untuk mendapatkan bantuan.

Sumber: BBC

Nur Farra