Siakap Keli

Jobseeker Ni 4 Sebab Utama Korang Di Panggil Semula Untuk ‘Second Interview’

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Dalam sesi interview, HR memainkan peranan penting dalam membuat keputusan bagi menilai calon-calon yang betul-betul layak untuk jawatan yang disediakan. Melakukan interview buat kali kedua amat jarang sekali berlaku, namun bila ia terjadi bermakna calon-calon mempunyai saingan sengit dalam menilai kelayakkan kerana jawatan yang disediakan amat terhad.

Segelintir orang memikirkan bahawa interview kali pertama sudah cukup efektif bagi menilai calon-calon bedasarkan pengalaman dan hanya ‘tangkap muat’ kerana menepati kriteria-kriteria yang disediakan oleh majikan. Tak semudah itu!

Kadang-kadang calon yang menepati kriteria yang majikan mahu bukan korang sorang je, itu sebab lah HR membuat keputusan untuk melakukan interview kali kedua agar membolehkan mereka menentukan samada korang menepati tak ciri-ciri yang mereka cari dan budaya pekerjaan mereka lakukan. Jadi, siap sedia jika korang dipanggil untuk interview kali kedua, kerana HR ada sebab-sebab tertentu seperti yang Maukerja senaraikan ni iaitu:

1. Lebih Ramai Interviewer, Lebih Banyak Pandangan Mereka Raih

Semasa interview kali pertama, mungkin hanya seorang atau dua orang interviewer sahaja yang terlibat. Biasanya HR dan Manager daripada department tersebut. Tapi, dalam interview kali kedua kemungkinan lebih ramai interviewer yang turun padang untuk mengenai lebih lanjut mengenai korang. Selalunya dalam 3-4 ahli interview yang terlibat, biasanya ia membabitkan golongan atasan dan beberapa orang dalam department tersebut.

Dengan adanya lebih ramai interviews, mereka masing-masing dapat memberikan pandangan untuk membuat pertimbangan dengan lebih senang selain daripada mengenali diri korang dengan lebih mendalam.

2. Lebih Lama Masa Interview, HR Lebih Senang Nampak Prestasi Korang

Selalunya dalam interview pertama kali, sikap profesional, kreatif dan bakat yang korang ada mampu yang menarik perhatian HR ini hanya mampu bertahan dalam beberapa jam sahaja sebab kena ‘berlakon; depan mereka kan? Namun pada pusingan kedua, dari situ lah prestasi sebenarn korang terdedah, kemahiran korang betul-betul diuji dari situ barulah HR mengenali korang sebanrnya hanya ‘berlakon’ depan mereka ataupun tidak.

Ramai yang mampu memberikan prestasi yang cemerlang pada pusingan pertama, tetapi gagal pada pusingan kedua. HR sengaja nak uji sama ada korang mempunyai daya tahan dan komitmen untuk kerja lebih masa serta menghabiskan masa setengah hari di tempat kerja. Dari situ, prestasi dan dedikasi korang terhadap peranan kerja mula terselah.

Nampak mudah, tapi sangat susah untuk korang ‘berlakon’ buat kali keduak kerana dah berhabis-habisan masa waktu pertama, selain itu bukan mudah nak berpura-pura di suasana tempat kerja baru dalam setengah hari bagi membuktikan keberanian dan kebiasaan korang melaksanakan tugas dan menarik perhatian majikan.

3. HR Dapat ‘Gali’ Pasal Diri Korang Dengan Lebih Dalam Lagi

Dalam pertemuan kali kedua, kemungkinan HR tertarik dan tertarik dengan prestasi korang. Oleh itu, interview kedua adalah masa yang sesuai bagi pengurus HR untuk membincangkan isu-isu lebih kritikal dan mendapatkan perspektif calon pada huraian kerja , halangan, idea-idea baru dan meminta cadangan untuk mencapai prestasi optimum dalam kekangan masa dan persekitaran kerja di bawah tekanan.

Seperti yang kami pernah katakan dulu, ada kemungkinan calon sudah melangkah satu kaki kedalam syarikat tersebut, pendek kata HR lebih kearah ajak berbual dengan korang berbanding interview. Tapi, jaga tingkah laku dan jangan terlalu selesa kerana HR boleh berubah fikiran bila-bila masa sahaja.

4. HR Mahu Melihat Keupayaan Korang Menyiapkan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan

Nampaknya HR cukup berminat untuk melihat korang buktikan keupayaan korang seperti mana yang korang cuba yakinkan mereka semasa interview pertama. Jadi mereka membuat keputusan untuk memanggil korang melakukan temuduga kali kedua. Di situ, HR memberikan satu tugasan atau ujian kepada korang untuk disiapkan dalam masa yang HR telah tetapkan.

Tunjukkan apa yang korang dah cakap berbunga-bunga pada HR agar mereka percaya dan terus ambil korang bekerja dengan mereka. Kalau rasa takut, lebih baik tunjuk apa yang termampu dalam diri korang, tak perlu nak ‘gebang’ depan mereka sebab HR dah banyak makan garam daripada korang. Memang betul korang kena berhabis-habisan masa temuduga tapi jangan sampai korang tak jadi diri korang, akhirnya terbongkar juga.

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.