Siakap Keli

(Video) Nampak Serius Tetapi Lucu, Gelagat Dua Jiran Ini Bergaduh Buang Papan Dalam Pagar Tarik Perhatian Ramai

Dalam kehidupan bermasyarkat, sudah semestinya ada pelbagai ragam jiran yang perlu dihadapai dan diterima, walaupun kadang-kadang ia boleh membuat kita merasa meluat. Kadang-kadang, kita cuma buat tak pandang dan biarkan sahaja.

Bagaimanapun, jika berlaku pergaduhan antara jiran hingga melibatkan penggunaan barang fizikal seperti papan dan sebagainya, mungkin perkara berbeza seperti insiden yang berlaku di United Kingdom ini.

Lebih menarik, pergaduhan lawan baling papan ini melibatkan dua orang lelaki. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna twitter yang menunjukkan pergaduhan antara dua lelaki berkenaan sejak 27 Januari sudahpun mendapat lebih 230 ribu suka dan retweet lebih 70 ribu kali.

Malah, ketika pergaduhan tersebut yang berlaku sekitar pukul 8 pagi waktu tempatan, telah menarik perhatian jiran-jiran lain yang mungkin terganggu untuk melihat apa yang berlaku.

Melalui video yang sama juga dapat dilihat seorang wanita turut masuk campur dan cuba menenangkan salah seorang daripada lelaki yang bergaduh tersebut.

Bagaimanapun, tindakkan seorang lagi lelaki mengambil papan sebelum dibaling kerumahnya, wanita berkenaan turut hilang sabar dan mencapai barang untuk membalas balingan tersebut. Saksikan video dibawah.

Ingatkan selalu jadi dekat sini-sini sahaja, rupanya mat saleh pun ada perangai yang sama.

Sumber: Mirror

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.