Siakap Keli

“Walau Mak Ayah Tak Ambil Tahu, Jangan Risau Saya Jaga Kakak,” Diagnos Buah Pinggang Rosak, Pengorbanan Adiknya Buat Netizen Sebak

“Kakak, jangan nangis lagi.  Ibu bapa kita mungkin tak kisahkan kita lagi.  Tapi saya akan jaga kakak.  Kakak tak akan apa-apa.  Kalau kakak kuat, saya akan belikan kakak gula-gula,” kata Zhao Wenjing kepada kakaknya Zhao Wenhui yang mengalami kecederaan di kepala selepas jatuh daripada katil.

Wenhui, 11 tahun sedang bermain bersama adiknya dan tiba-tiba jatuh daripada katil dan terhantuk kepalanya di lantai.  Kecederaan itu walau bagaimanapun telah membawa kemudaratan teruk buat Wenhui dan Wenjing dengan segera membawa kakaknya yang sudah tidak boleh bergerak ke hospital.

Kecederaan yang dialami membuatkan Wenhui terpaksa ditahan di hospital dan berada dalam keadaan yang kritikal.  Kesakitan itu terlalu sakit untuk ditanggung bagi seorang anak kecil.

Melihat penderitaan kakaknya, Wenjing sambil melutut dan menyapu air mata kakaknya sambil berbisik, “Mak dengan ayah dah tak ambil tahu pasal kita.  Saya akan jaga kakak.  Kakak akan sihat.  Kakak kuat, saya belikan gula-gula ya.”

Dengan hati yang sebak, Wenjing mencium pipi kakaknya.

Hati siapa yang tak sedih melihat betapa bertanggungjawabnya kanak-kanak ini menjaga satu sama lain.  Berkejar ke sana ke mari hanya untuk memastikan kakaknya tidak apa-apa.

Mereka dikatakan telah lama hidup berdikari sejak ibunya keluar dan tidak kembali lagi, bapa mereka pula dipercayai bekerja di bahagian selatan China juga tidak pernah pulang ke rumah.

Mereka hanya menumpan di rumah saudara-mara yang pastinya tidak dapat menampung perbelanjaan semua orang serta tidak pernah merasai keseronokkan seperti kanak-kanak lain.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kakaknya didiagnos buah pinggang rosak dan perlu dibedah serta-merta.  Kuasa viral media sosial sekali lagi membawa 1000 makna buat mereka yang memerlukan apabila dana bantuan membantu Wenhui menjalani pembedahan tercapai dan selamat dibedah.

Kisah Wenhui dan Wenjing mendapat perhatian media tempatan, malah seluruh dunia yang rata-rata bersimpati di atas apa yang telah terjadi kepada kedua-dua anak kecil itu.  Semoga mereka sentiasa dilindungi.

Sumber: Readph

Nur Farra