Siakap Keli

CEO Ini Guna Formula Genius ‘Filter’ Calon Pekerja Masa Interview, Elak ‘Resign’ Cepat

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Kebiasaannya proses temuduga mempunyai beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh calon sebelum sesebuah syarikat mengambilnya bekerja secara rasmi. Ada yang perlu menghadiri dua ke tiga kali temuduga, ada yang lebih tiga kali temuduga dan ada juga yang terus dapat kerja dengan hanya sekali temuduga saja. Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum seorang majikan membuat keputusan untuk mengambil calon pekerja.

Begitulah juga yang dilakukan oleh Mogul, sebuah syarikat platform teknologi yang dipelopori oleh wanita, di mana platform ini membolehkan wanita berhubung dan berkongsi pengetahuan di seluruh dunia. Akui cara filter calon pekerja yang diamalkan oleh syarikatnya itu diambil setelah mempelajarinya daripada CEO Prezi, Peter Arvai, Tiffany Pham yang juga merupakan CEO Mogul menyatakan sistem temuduga tersebut dapat memastikan calon pekerja dapat kekal lama di syarikatnya.

Di Mogul, calon perlu menjalani tiga ke empat peringkat temuduga sebelum boleh diambil bekerja. Tetapi, ada satu lagi formula yang ditambah sewaktu proses temuduga.

Pada peringkat terakhir, calon pekerja dikehendaki untuk merasai sendiri pengalaman bekerja di Mogul. Menurutnya, kaedah ini diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang kepada calon membuat keputusan terbaik sebelum mereka menandatangani kontrak kerja secara rasmi.

Bagi majikan pula, ini juga dapat membantu mereka untuk melihat sendiri sama ada calon yang dipilih merupakan pilihan yang tepat ataupun sebaliknya. Sistem ini juga membolehkan pekerja dan majikan sama-sama saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi.

Kaedah temuduga ini terbukti berkesan dalam mewujudkan suasana tenaga kerja yang sihat.

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.