Siakap Keli
Gambar : Dailymail UK

(Video) Ibu Tergamak ‘Belasah’ Anak Usia 7 Tahun Gara-Gara Minta Air

Gara-gara terlalu mengikut perasaan, seorang ibu kehilangan hak penjagaan tiga anak perempuannya selepas dia dirakam ‘membelasah’ anak bongsunya itu kerana meminta secawan teh.

Wanita berkenaan, Daniela Galarza dikatakan hilang sabar apabila anaknya yang berusia tujuh tahun memintanya membuat minuman ketika berada di rumah di Caodoba, Argentina.

Kejadian itu sempat dirakam oleh anak sulungnya yang berusia 16 tahun ketika ibunya itu sedang membuat pukulan secara bertalu-talu kepada adiknya yang tak mampu melawan.

Adiknya yang ketakutan itu dilihat duduk di sebuah kerusi sambil cuba menutup mukanya dari ditumbuk ibu mereka. Wanita itu kedengaran menjerit dan turut menyepak telefon bimbit anak sulungnya yang merakam adegan tersebut.

Selepas rakaman tersebut tersebar di media sosial, pihak polis kini sedang menyiasat kes berkenaan. Ketiga-tiga anak wanita berkenaan kini berada di bawah jagaa nenek mereka (sebelah bapa).

https://www.youtube.com/watch?v=GEdgw2bu4NM

Sumber : Daily Mail UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.