Siakap Keli

Kehadiran Ikan Persis Ular Ke Darat Gemparkan Media Sosial Jepun, Bimbang Petanda Tsunami-Gempa

Media sosial Jepun telah digemparkan dengan penemuan beberap ekor ikan air laut yang secara tradisinya dianggap sebagai petanda kedatangan tsunami.

Pada hari Isnin lalu, seekor ikan jenis Oar berukuran hampir 4 meter ditemui di pelabuhan Imizu, wilayah utara pantai Toyama.  Ikan yang sudah mati itu dibawa ke Akuarium Uozu bagi tujuan eksperimen.

Dua lagi ikan jenis yang sama ditemui di Toyoma Bay 9 hari sebelum itu.  Apa yang menghairankan penduduk setempat adalah ikan tersebut merupakan ikan daripada spesies yang jarang dijumpai.  Sifat badannya yang panjang, dan unik menjadikan ikan Oar antara spesies ikan yang istimewa.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 魚津水族館 公式 (@uozuaquarium_official) on

Tradisi masyarakat setempat berpendapat, kemunculan ikan ini ke darat membawa petanda bahawa bencana sudah dekat.

Jepun menggelar fenomena itu, ‘ryugu no tukai’ yang diterjemahkan sebagai ‘utusan dari istana raja naga’.  Menunjukkan hubungannya dengan bencana alam pada masa lalu.

Berpandukan sejarah sebelum ini, ikan naik ke permukaan pantai dengan sendiri menjelang gempa bumi yang akan datang. Hubungannya dengan teori saintifik bahawa ikan yang tinggal di bawah mungkin terdedah dahulu dengan pergerakan garis seismik yang disebabkan oleh gempa bumi.

Satu status di Twitter yang dimuatnaik mendakwa, “Ini tak dapat dinafikan bukti kepada berlakunya gempa bumi.  Jika ia berada di Nankai, ia mungking gempa yang besar.”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 魚津水族館 公式 (@uozuaquarium_official) on

Para pakar memperingatkan bahawa gegaran di Nankai selari dengan pantai selatan Jepun dari Nagoya ke pulau Kyushu selatan mungkin menyebabkan tsunami sekali gus meragut nyawa dengan kehancuran di kawasan pesisir.

Ramalam kerajaan mencadangkan tsunami dengan ketinggian lebih 30 meter dapat dijana oleh gempa bumi kuat.

Sumber: South China Morning Post

Nur Farra