Siakap Keli

(Video)Rambut Beku, Pam Tandas Jadi Ais, Waga AS Kongsi Gambar-Gambar Lucu Sempena Musim Sejuk

Fenomena cuaca sejuk melampau yang sedang berlaku di Amerika Syarikat ketika ini sudahpun meragut lebih daripada 15 nyawa, bagaimanapun ia tidak menghalang penduduk di sana untuk berkongsi gambar-gambar lucu berkait dengan cuaca tersebut.

Salah seorangnya adalah wanita bernama Taylor Scallon ini apabila memuat naik satu rakaman video di Twitter yang menunjukkan rambutnya membeku sebaik sahaja melangkah keluar daripada rumahnuya.

”Adakah Iowa betul-betul sejuk,” kapsyen yang dimuat naik Taylor bersama-sama video berkenaan.

Video yang dimuat naik penghujung bulan lepas sudahpun mendapat retweet/kicauan semula lebih daripada 19 ribu dan disukai lebih 60 ribu kali. Rata-rata netuzen merasa lucu dengan perubahan yang ditunjukkan oleh rambut Taylor ketika berada di luar rumah.

”Jujurnya, ini pertama kali saya melihatt rambut seperti ini. Anda seperti seorang Super Siyan (karakter dalam siri Dragon Ball),” kata pemilik akaun @hashircan.

Melalui laporan Dailymail, lebih banyak individu-individu tampil berkongsi fenomena-fenomena lucu yang berlaku di sekeliling mereka.

Gambar ini diambil oleh satu keluarga di daerah Midwest dimana cubaan mereka meletakkan seluar denim di luar rumah dan menghasilkan gambar menarik sebaik sahaja denim tersebut membeku.

Gambar dibawah pula menunjukkan air yang berada di bahagaian pam tandas membeku dan menjadi ais.

Fenomena garfu, mee segera dan mangkuk membeku ini dikongsikan oleh Sherif daripada Danes County. Kami kongsikan gambar-gambar menarik yang lain dibawah.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.