Siakap Keli
Gambar : Twitter Zarifah Nur Aida

”Anak Ummi Manja, Ummi Dah ‘Stage’ 4…” Banjir Air Mata Baca Kisah Sayu Kehilangan Ibu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehilangan orang tersayang terutamanya ibu bapa perit untuk diterima. Seperti kisah sayu yang dikongsikan gadis ini yang menemani arwah ibunya meniti perjalanan terakhir kehidupan.

Semuanya bermula apabila ibunya itu disahkan mengidap kanser payudara tahap 4. Arwah ibunya pasrah menerima takdir yang tertulis, malah menerima ujian tersebut dengan berlapang dada.

Luahan sayu, Zarifah Nur Aida sebagai anak sulung yang menguruskan arwah ibunya ini ternyata menjentik emosi setiap yang membaca. Moga secebis kisah ini dapat menyedarkan kita untuk sentiasa menghargai ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.

Terdetik nak berkongsi pengalaman aku sebagai anak pertama dalam proses jaga mak aku waktu dia sakit advanced breast cancer sebelum dia pergi untuk selamanya. Mungkin perkongsian aku ni dapat buat korang lagi sayang mak masing masing? *insyaallah (1967-2018)

Aku anak pertama dari 3 adik beradik. Aku tak kisah kalau orang anggap aku mengada dengan parents aku ke, terover manja ke, kisah? Jadi since zaman sekolah asrama lagi tiap pagi mesti call arwah ummi sebelum pergi sekolah nenangis sebab rindu, over sangat.

After aku SPM 2015, arwah ummi masuk hospital. Aku jaga dia for whole 2 weeks sebab ayah kena uruskan 2 adik dekat rumah. Perasaan jaga dia sumpah bahagia tak terkata. Long story short, sampailah aku masuk matrik. Waktu ni cancer arwah masih stage 3.

Tapi semangat dia sangat kuat. Suka tanam pokok bunga especially bunga orkid dan benda penting sekali apa yang aku ingat arwah cakap “ummi bersyukur dengan cancer ni. Buatkan ummi lagi dekat dengan Allah”. Jadi dia happy je jalani hidup dia. (Tapi isi hati siapa yang tahu)

Dekat matrik lagi lah, tiap petang after balik class atau malam mesti call arwah. Paling lama pun sehari tak call. Saja call tanya buat apa, masak apa, dah makan ubat belum, cerita daily life aku. Gelak gelak. Haih kenangan.

Masa pun berlalu, sampai lah aku masuk UMS, dia lah paling excited haha. Dekat UMS lagi lah, tiap hari aku kena call, kalau tak aku angau haha. Lagi lagi nak presentation ke, quiz ke, exam ke call dia minta doakan aku sekarang call ayah je minta doakan.

Satu hari tu aku call arwah waktu petang borak macam biasa. That day dia ada appointment dengan doktor. Aku tanya lah macam mana. Arwah cakap ‘‘ummi dah stage 4. Ummi tak kisah. Ummi terima” *soft voice*

Korang rasa? Ofcourse lah aku menangis tapi waktu tu aku pandang atas je sebab tak nak lagi over menangis dan tahan bunyi dan suara sebab tak nak dia tahu yang aku nangis. Dah habis call, apa lagi masuk bilik banjir lah aku sensorang….

Bila dah stage 4 ni, sel kanser tu dah merebak dekat bahagian badan lain yang tertentu (tulang, hati, jantung). Waktu ni aku dah asyik fikir je how kalau aku dapat call yang mak aku dah tak ada? Sempat ke aku nak tengok dia? Dengan flightnya lagi haih overthinking betul waktu tu.

Oleh sebab dah stage 4, dia selalu sakit kaki. So kalau aku balik rumah, dapat lah urut kaki dia tiap malam before tidur sambil cerita cerita gelak gelak. Ya Allah.

Sampai lah final exam sem 2 (Jun 2018), waktu tu aku baru habis 1 paper, sebelum tidur biasalah tengok wasap apa semua, aku dapat tahu yang mak aku masuk hospital. Aku sangat terkejut. Kenapa ayah tak nak bagitau aku sendiri? Sampai aku tahu dari orang lain.

Aku terus keluar bilik call ayah apa dah jadi. Ayah cakap ayah tak bagitau aku sebab dia takut aku risau apalagi tengah final exam week. Rupanya after solat isyak, ummi aku nak bangun, tapi kaki yang dia sakit tu sangat-sangat sakit sampai tak boleh nak bangun dari duduk.

Aku sumpah tak tahu nak buat apa. Aku amik wuduk then solat apa yang patut. Waktu tu doa je aku mampu. Waktu berdoa tu aku memang tak dapat nak tahan air mata, teresak esak aku menangis. Siapa je tak menangis weh? Mak kot.

Tulang dekat bahagian kaki sebelah kanan rupanya dah patah disebabkan sel kanser tu dah “makan” tulang tu. jadi kena operate untuk masukkan besi bagi gantikan tulang tu. arwah ummi operation betul-betul waktu aku dalam exam hall. Sebelum exam tu, aku call dia.

Dalam call tu, dia cakap dia minta maaf sebab tak dapat nak doakan aku betul-betul sebab dia nak kena operate. Sebab selalunya bila aku nak exam, dia akan minta jadual exam aku supaya dia boleh berdoa waktu aku exam tu.

Waktu dalam exam hall tu, aku sangat bergantung dengan Allah supaya operation tu berjaya sebab doktor kata operation tu risiko dia sangat tinggi. Dapat lah korang bayang kan perasaan aku waktu tu nak jawab exam. Waktu jawab exam tu lah mak aku operate. Sama sama “berjuang”.

Gambar : Twitter Zarifah Nur Aida

Sepanjang ummi dekat hospital untuk beberapa hari tu, ayah yang jaga ummi. Satu hari tu aku buat video call dengan ummi, nak tengok muka dia. Pertama sekali dia cakap “assalamualaikum anak ummi manja”. Betapa lemahnya senyum dia waktu tu.

Sehari/2hari sebelum raya (Jun 2018), aku balik rumah untuk cuti sem selama 3 bulan. Selalu kalau nak balik rumah, ummi akan tanya nak makan apa. Nanti dia masakkan. Tapi waktu tu, aku balik rumah, mak aku memang dah terbaring atas katil.

Since hari pertama aku balik rumah, mula lah tugas aku untuk jaga dia. Nak dijadikan cerita, memang hambar lah raya pertama kitaorang sekeluarga. Sebab yelah selalu balik kampung. Tapi waktu tu aku bersyukur masih dapat beraya hari pertama dengan keluarga aku dekat rumah.

Sepanjang aku jaga arwah, raaaaaaamai sangat kawan dia lawat dia. Doktor kata untuk sembuh balik dari operation tu at least 3 bulan. Jadi ummi baring je atas katil since sebelah kaki tak dapat nak gerak. Dia selalu ingat kan diri dia yang dia kena kuat sebab nak sembuh balik.

Rutin aku jaga dia- mandikan dia, cuci luka breast, siapkan dia untuk solat, suap kan makan, cuci after dah buang air, urut dia sikit sikit, entertain dia supaya dia senyum dan gelak. Dan tiap hari tulah dia akan cakap terima kasih sebab jaga dia.

Padahal aku yang kena cakap terima kasih banyak-banyak sebab tak terbanding sangat pun aku jaga dia dengan dia jaga aku since aku dalam perut dia lagi. Ummi jugak selalu minta maaf dekat kitaorang (me, ayah, 2 adik) sepanjang dia sakit kalau banyak menyusahkan. Apa ni ummi..

Kalau dia nak buang air kecil atau besar, dia akan panggil aku untuk aku pakaikan pampers sebab dia tak selesa kalau pakai pampers 24 hours. Kadang tu tak sempat pakai, dia dah terbuang kecil dulu. Katil dah basah. Again, dia akan minta maaf. Ummi, ummi tak perlu minta maaf…

Kalau waktu aku tengah cuci after dia baru buang air besar, dia akan cakap “minta maaf ya anak ummi, kesian anak ummi kena bau tahi ummi busuk” dengan nada suara perlahan. Tipu lah kalau aku tak nangis, tapi aku nangis dalam bilik lah tapi.

Ada waktu tu dia nak makan ikan singgang aku masak. Dia kata “sedapnya anak ummi masak…” sambil makan dan pandang sayu tepat mata aku. Sekali lagi, tipu kalau aku cakap aku tak nangis, tapi nangis dalam bilik lah tapi.

Long story short, badan dia dah makin lemah. Lemah yang nak angkat tangan sendiri pun susah. Percakapan dia pun susah kita nak faham apa dia nak. Aku tahu waktu tu memang ummi dah tak tahan…. ummi dah penat tahan sakit….

Dan waktu itu, aku memang banyak record kalau tiap kali dia nak cakap. Sebab aku tahu aku takkan dengar suara dia lagi lepas ni. Aku dah tahu yang ummi akan tinggalkan aku dalam masa terdekat ni.

Hari demi hari dia sangat lemah. Ada waktu tu dia pegang tangan aku dengan sangat lemah, pandang mata aku, dan cakap ”ummi…..sayang….akak…” dengan suara yang saaaaaaangat lemah. Aku tak dapat tahan air mata, aku termenangis depan dia. Dia tetap tengok mata aku.

Aku cakap akak minta maaf atas segala salah silap akak ummi.” Then ummi geleng sambil cakap ”takde….” dengan suara yang lemah. Tipu lah aku tak buat dosa dengan dia. Anak mana tak buat dosa dengan mak?. Terima kasih ummi maafkan semua salah akak. Akak sayang ummi. Sangat.

Hari terakhir bulan Julai 2018, malam, nafas ummi sangat kuat & laju. Call ambulance untuk hantar hospital. Masa nak naik ambulance dengan adik bawah aku yang lelaki, orang yang incharge uruskan mak aku tu, dia cakap ”saya tak pasti mak awak dapat bertahan ke tak sampai hospital.”

Gambar : Twitter Zarifah Nur Aida

Orang tu cakap lagi suruh aku doa banyak banyak. Aku tahu yang aku akan hilang seorang mak. Itulah pengalaman pertama aku naik ambulance. Dalam tu, aku bawak quran aku dan aku baca puas puas untuk ummi waktu tu. Ayah dengan adik perempuan naik kereta follow belakang.

Ayah kata biar anak anak ada dalam ambulance dengan ummi dia. Tapi adik aku yang perempuan tu 12 tahun, kecik lagi so naik kereta dengan ayah je.

Gambar : Twitter Zarifah Nur Aida

Sampai hospital, terus masukkan ummi dalam icu. Long story short, doc keluar icu dan cakap ”sekiranya mak awak tak dapat bernafas, nak saya pakaikan dia mesin untuk bernafas atau tak perlu? Maksud saya, kalau pakai mesin tu lagi menyakitkan pesakit.”

”Saya cadangkan mak awak tak perlu pakai mesin tu dan…. biarkan dia ”pergi” dengan mudah. Macam mana?” Aku tak dapat berfikir waktu tu lagi lagi ayah belum sampai. Ayah datang je terus tanya ayah macam mana. Ayah cakap tak perlu pakai mesin tu.

Selepas beberapa jam, dapat masuk jumpa ummi. Ada waktu tu ummi bukak mata dan pandang aku. Dengan pandangan yang sangat lemah. Lepastu dia kejam balik mata. Dapat rasa tak keadaan aku waktu tu? Sakit weh.

Gambar : Twitter Zarifah Nur Aida

Kemudian, ummi dimasukkan ke dalam wad biasa. Aku lega sikit. Alhamdulilah terima kasih ya Allah. Urus itu ini, dah lewat malam. Ayah balik untuk ambil baju aku. Malam tu aku dengan adik lelaki yang jaga ummi.

Kemudian, doc datang dan tanya umur aku. Waktu tu aku umur 20 tahun. Dia tanya kalau ada apa apa berlaku, aku nak ke doc pam dada (aku tak tahu terms dia dalam medic apa benda alah tu tapi selalu nampak dalam drama dekat tv) ummi sekiranya tak bernafas.

Doc cakap kalau pam buat ummi lagi sakit since kanser tu dah merebak dekat hati dan paru paru. Dan doc suggestkan tak perlu pam dan biarkan dia “pergi” dengan mudah. Waktu tu aku dah tenang, dah boleh berfikir, aku cakap tak perlu pakai. Then, sign letter.

Malam tu, dapat lelap sekejap. Ganti ganti dengan adik lelaki aku. Malam tu memang puaslah aku pandang muka ummi, usap ummi, baca quran untuk ummi.

Keesokannya, 1/8/2018, pagi tu berlalu macam biasa. Dah pukul 11 lebih, ucu (adik kepada ayah aku) ajak turun makan dekat cafe. Aku tak nak sebab nak duduk sebelah ummi. Ucu pun cakap makan lah sikit sebab aku pun tak makan since semalamnya. Aku cakap okay lah turun sekejap makan.

Jadi aku 3 beradik makan dekat cafe dengan ucu aku. Ayah jaga ummi sementara. Then dah habis makan tima nak naik lif, ayah call suruh naik wad. Waktu tu sumpah aku tak expect apa apa pun.

Naik je wad, ayah terus cakap yang ummi dah tak ada. Terus aku berlari tengok ummi aku sebab betul ke?. Rupanya betul. Sampai je dekat katil ummi, ummi dah berselubung dengan selimut putih. Aku tak dapat nak ada disamping ummi waktu dia nak “pergi” tu.

Takpelah, mungkin Allah tahu yang kitaorang adik beradik tak kuat kalau kitaorang ada disamping ummi waktu dia nak “pergi”. Jadi Allah bagi ayah je ada disamping ummi. Terima kasih atas segala nikmat Ya Allah.

Ummi aku dimandikan di hospital. Yang mandikan ummi waktu tu aku,adik lelaki dengan macik aku sorang. Ayah tak dapat nak mandikan sekali sebab kena uruskan segala dokumen2 dan urusan lain. Kitaorang dibimbing oleh seorang ustazah. Ustazah tu sangat sangat baik.

Beberapa malam sebelum ummi “pergi” tu, aku memang dah baca sikit sikit macam mana nak mandikan jenazah. Aku recall balik apa aku belajar dekat sekolah dulu macam mana nak mandikan jenazah. Sebab aku tahu aku akan hilang ummi dalam masa terdekat.

So bila ustazah tu tanya niat mandikan jenazah macam mana, aku pun lancar lah baca niat tu since aku dah belajar sikit sikit nak mandikan jenazah macam mana. Alhamdulillah. Bukak je kain untuk tengok muka ummi untuk dimandikan, Allahukabar….Allah je tahu perasaan waktu tu.

Apa yang aku nampak, ummi senyum. Aku sangat gembira tak terkata. Proses mandi sangat lancar. Pengalaman yang sangat berharga. Itulah kali terakhir aku mandikan ummi dalam hidup aku. Terima kasih Allah atas nikmat ini.

Kemudian, masa untuk kafan kan ummi. Kafan kan ni pun aku dah belajar sikit sikit sebelum ummi “pergi”. Tapi masih lagi kekok tapi alhamdulilah lancar sebab dibantu oleh ustazah baik tu. sepanjang tu, aku sangat gembira tengok senyum ummi….

Sampai lah masa sedara mara tengok muka ummi aku untuk kali terakhir, semua kata yang muka ummi senyum. Ya Allah. Aku ingat aku sorang je perasan. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih…

Selepas kebumikan, aku balik rumah tengok katil yang dia selalu baring, tengok suasana rumah yang selalu kitaorang sekeluarga bergurau. Perasaan tu Allah je tahu macam mana.

Kalau sebelum ni balik rumah, ummi sambut dengan makanan feveret aku dah bersedia dekat dapur, tapi sekarang balik rumah dah sunyi tak ada mak. Orang yang tak ada mak dia tahu macam mana perasaan tu.

Dulu ummi selalu suruh belajar masak sebab dia kata kalau dia tak ada nanti senang. Ummi, sekarang akak dah pandai masak macam macam hehe.

Ummi selalu ingatkan anak anak dia supaya bersyukur dengan keadaan apa sekali pun. Sakit bersyukur, susah bersyukur. Dan ummi jugak selalu ingatkan suruh berzikir + istighfar sebab banyak manfaat. Thats why masa dia sakit dulu atas katil sentiasa ada tasbih dekat tangan.

Ummi yang sakit tu pun selalu tahajud padahal aku yang sihat ni Ya Allah tapi betul lah, sakit tu dapat buatkan kita lagi dekat dengan Allah dan selalu ingat mati.

Jadi yang masih ada mak, sayang elok elok okay? Buat lah apa yang kau rasa patut kau buat untuk tak menyesal kalau one day nanti mak dah tak ada. Hilang kawan, boleh cari kawan lain, hilang suami, boleh cari suami lain, tapi kalau hilang mak, dah tak dapat nak cari lain.

Rest in peace ummi. Akak sayang ummi. Sangat. Lillahitaala. Jumpa nanti insyaallah (1.8.2018).

Gambar : Twitter Zarifah Nur Aida

Sumber : Twitter Zarifah Nur Aida

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.