Siakap Keli

Kisah Klaveren, Ahli Politik Eropah Lafaz Kalimah Syahadah Ketika Tulis Buku Anti-Islam

Bekas ahli parlimen Belanda dan merupakan orang kanan ahli politik anti-Islam telah memeluk islam secara rasmi pada 26 Oktober 2018, lapor media tempatan.

Media memberitahu bahawa beliau mengucap dua kalimah syahadah dibimbing oleh imam Muhamed Aarab.

Joram van Klaveren telah menjalankan kempen menentang Islam selama 7 tahun dan tindakan drastiknya dengan memeluk Islam mengejutkan ramai orang termasuk musuh dan rakan terdekat.

Segalanya bermula apabila dia menulis buku anti-Islam sebaik sahaja beliau memutuskan untuk meninggalkan dunia politik.

Masa yang ada diluangkan untuk menulis mengkaji kesengsaraan yang didakwa disebabkan oleh Islam, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Ditengah-tengah penelitian buku itu, dia mula menyedari kekuatan Islam yang sebenar.

“Saya tatap kita injil di almari, dan diatas meja di depan saya terletaknya Al-Quran.   Saya merasakan kebahagian yang sejati apabila membaca kitab Nabi Muhammad dan perasaan yang tenang sebaik sahaja melafaz dua kalimah syahadah,” demikian ujarnya.

Sumber: Al Jazeera

Nur Farra