Siakap Keli

Temui Bom Tangan Menyerupai Kentang Yang Dieksport Ke China

HONG KONG: Sebutir bom tangan menyerupai kentang ditemui dalam longgokan kotam kentang yang diimport dari Perancis ke sebuah kilang makanan ringan di Hong Kong.

Bahan letupan yang dipercayai dari era Perang Dunia Pertama Dunia buatan Jerman itu berjaya di musnahkan oleh pihak polis tempatan sebaik sahaja ditemui.

Bom tangan tersebut ditemui dalam kotak yang berisi kentang dilaporkan dikutip bersama-sama kentang dari Perancis sebelum dieksport ke China berikutan rupa bentuknya yang menyerupai kentang.

Menurut ahli sejarah perang di Universiti Hong Kong, Dave Macri, bom itu menyerupai kentang kemungkinan kerana disaluti lumpur membuatkan warnanya berubah berikutan tertinggal di parit sejak zaman perang dunia.

Pihak polis menutup jalan dan memindahkan kesemua kenderaan yang berada berdekatan sebelum meletupkan bom tangan yang dikelilingi beg pasir.

Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan yang berlaku sewaktu proses letupan dilakukan.

Sumber: Independent

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar