Siakap Keli

“Bukan Saja-Saja Suruh Vaksin, Ini Sejarah” Doktor Kecewa Bila Banyak Penyakit Lama Muncul Kembali Angkara Gerakan Anti-Vaksin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebenarnya, masih ramai dalam kalangan masyarakat kita hari ini, terutama golongan ibu bapa yang sangat menentang suntikan vaksin dengan memberikan pelbagai alasan. Walaupun mereka sedar, nyawa anak mereka sendiri yang dipertaruhkan demi memperjuangkan kepercayaan mereka, golongan anti vaksin ini seolah-olah tidak kisah dengan risiko yang mungkin dihadapi oleh anak mereka.

Walaupun ahli perubatan sudah seringkali memberi hujah bahawa vaksi amat penting untuk setiap orang, namun mereka ini masih tidak mahu menerimanya.  Seperti info yang dikongsikan oleh seorang pelajar dalam jurusan perubatan, Amirul Azmeer Asmadi menjelaskan mengapa penyakit yang dulu telah terhapus lama, kini kembali melanda negara. Mari baca perkongsian beliau.

Kenapa doktor-doktor bersungguh-sungguh sangat ambil berat pasal vaksin ini? Sebab doktor-doktor belajar daripada SEJARAH.

Penyakit yang dahulu telah dihapuskan lama (eradicated) kini MUNCUL KEMBALI setelah berpuluh-puluh tahun tak pernah wujud selama ini.

Gara-gara imuniti masyarakat yang makin hilang disebabkan pengaruh gerakan anti-vaksin yang semakin melanda negara kita.

Apa contoh penyakit yang dahulu telah membunuh jutaan nyawa, tapi dapat diselamatkan & dikawal melalui vaksinasi (imunisasi)?

1. Smallpox

Penyakit yang menyebabkan parut yang sangat mengerikan. Smallpox ini nampak lebih kurang sama macam Chickenpox, tetapi ia lebih mengerikan & telah membunuh RATUSAN RIBU nyawa pada zaman dahulu. Namun ia telah berjaya dibasmi (eradikasi) di seluruh dunia melalui vaksinasi pada tahun 1980 (dengan izin Allah SWT sudah semestinya).

2. Poliomyelitis.

Penyakit yang boleh buat lumpuh separuh badan kepada orang yang dijangkitinya. Ia telah dibasmi di 3 rantau di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Rantau Amerika, Eropah dan Pasifik Barat. Malaysia telah mencapai status eradikasi Polio (Sifar Polio) pada Oktober 2000.

Poliomyelitis yang menyebabkan kelumpuhan.
Malangnya penyakit yang dahulu hilang kini muncul semula di Malaysia.
Sejarah membuktikan kesan vaksin terhadap penyakit Polio.

3. Pertussis

Ataupun turut dikenali sebagai penyakit ‘Batuk 100 Hari’ atau ‘Whooping Cough’. Batuk 100 hari tanpa henti sehingga paru-paru bayi jadi kepenatan dan boleh membawa kepada mati.

Pertussis. Penyakit Batuk ‘100 Hari’ tanpa henti yang boleh kena pada bayi. Terlalu sedih nak tengok.
Link video: https://youtu.be/S3oZrMGDMMw
Kesan vaksinasi pada Pertussis.

4. Kanser Pangkal Rahim

Sehingga kini, terdapat dua jenis vaksin yang boleh melindungi perempuan daripada jangkitan HPV yang menyebabkan kanser servik. Kedua-dua vaksin ini telah terbukti berkesan dalam mencegah jangkitan HPV subtype 16 dan 18, yang menyebabkan 70% keseluruhan kes kanser servik.

5. Kanser Hati

Kanser Hati yang kebanyakan kes berpunca daripada jangkitan Hepatitis B telah berjaya dicegah melalui suntikan vaksin Hepatitis B pada otot lengan. Direkodkan lebih kurang 80-90% daripada mereka yang menerima suntikan vaksin ini akan terhindar daripada risiko mengalami penyakit kanser hati.

Secara keseluruhannya, kadar kematian (mortaliti) penyakit cegahan vaksin dilaporkan telah berkurangan dengan ketara di seluruh dunia.

Diphteria. Penyakit jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan sesak nafas.
Kesan vaksin dalam sejarah.

Imunisasi telah menjadikan dunia semakin selamat (dengan izin Allah SWT) dengan menyelamatkan JUTAAN nyawa daripada dijangkiti penyakit-penyakit FATAL (maut) yang BOLEH DICEGAH AWAL.

Baca sejarah & anda akan tahu kenapa vaksin tersangat penting.

Tanpa imunisasi, 2-3 juta lagi kanak-kanak & orang dewasa akan mati setiap tahun akibat penyakit poliomyelitis, meningitis, difteria dan penyakit-penyakit cegahan vaksin yang lain.

Sebab itu para doktor begitu bersungguh-sungguh menyarankan ibubapa yang ada anak-anak kecil untuk memberikan suntikan vaksin awal kepada anak-anak mereka.

Bukan saja-saja. Dan bukan sebab nak dapat duit apatah lagi sebab agenda Freemason. Bukan!

Setelah vaksin bagi Smallpox diperkenalkan, penyakit ini menurun dengan mendadak (dengan izin Allah SWT).

Tapi sebab kami belajar daripada SEJARAH. Sejarah dahulu yang sangat PAHIT untuk diceritakan tetapi kini makin kembali semula disebabkan keengganan sebahagian daripada kita yang begitu angkuh sikapnya.

Malangnya penyakit yang dahulu hilang kini muncul semula di Malaysia.

Tolonglah belajar daripada sejarah ya.

“For those who do not learn history are doomed to repeat it.” -George Santayana-

Ruzaini Maidin & Amirul Azmeer Asmadi,
#NotaKesihatanMesir.

P/s:
1. “Kenapa nak kena ambil vaksin pula?”
https://www.facebook.com/100001227871204/posts/2232537016797206/

2. “Kat mana nak ambil vaksin PERCUMA di Mesir?”
https://www.facebook.com/100001227871204/posts/2235002406550667/

3. “Anak saya tak ambil vaksin pun selamat je tak ada apa-apa?”
https://www.facebook.com/100004786844290/posts/1156507417852142/

Sumber: Amirul Azmeer Asmadi

Nur Farra