Siakap Keli

(Video) “Sakit Bahu 3 Kali Kena Hentak, Sabarlah Azil,” Netizen Sebak Baca Kapsyen Zarina, Doakan Diberi Kekuatan

Cabaran untuk membesarkan anak bukannya kecil, tanyalah pada mereka yang sudah bergelar ibu dan ayah. Pelbagai karenah anak perlu dilayan. Setiap anak itu memberikan cabaran yang berbeza untuk ibu bapa. Tambah-tambah kalau pasangan itu dikurniakan dengan anak istimewa, misalnya cacat anggota badan ataupun mengalami masalah autism, cabarannya mungkin lebih besar.

Tapikan, kalau anak kita kekurangan dari segi fizikal, memang mudah untuk kita kesan dan buat persediaan. Bagaimana jika anak kita sebenarnya seorang anak autism?

Terbaru, pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin berkongsi rakaman video anaknya, Azil yang mengamuk didalam kereta berpunca daripada tidak dapat bersama abangnya, Azal ke gimnasium.

“Sakit kena tanggung sendiri..
Sakit bahu saya 3 kali kena hentak ..sabar la azil masa ibu ada ni ibu ikutkan jer lah esok oalau ibu dah takde..mudah mudahan azil pandai jaga diri..”

“Dia nak ikut azal pegi gym ..dia berlari keluar kereta..saya kejar dia panggil dia masuk keta balik ngamuk nak ikut azal..
Doktor ada bagi dia ubat tapi saya tak sanggup nak bagi dia ubat pagi2 kesian dia kesan ubat tu dia tak bermaya..
Risiko anak autism bila besar tenaga dia kuat ..bila takde aktiviti dia jadi hyperaktif..”

Video tersebut menarik perhatian netizen yang rata-rata sedih dengan perlakuan yang ditunjukkan anak syurga itu.  Zarina dalam perkongsiannya memberitahu dia dipukul dan dihentak oleh Azil kerana dihalang mengikutnya abangnya, Azal.

Zarina yang tidak dapat menahan sakit dan sedih, terpaksa menenangkan Azil supaya dapat meneruskan pemanduannya dengan baik.

Netizen yang menyaksikan video tersebut kebanyakannya mendoakan kesejahteraan keluarga itu dan berharap ibu tabah ini sentiasa kuat dalam menghadapi dugaan tersebut.

Nur Farra