Siakap Keli

(Video)Cara Tanggalkan Kerak Hitam Pada Kuali Dan Pelbagai Tips Mencuci Mudah Lain Perlu Anda Tahu

Kebersihan rumah perlu sentiasa di jaga. Rumah yang bersih dan kemas sudah semestinya menjamin kehidupan yang lebih berkualiti kan.

Bagaimanapun, bukan semua orang suka mengemas rumah. Sesetengah berpendapat bahawa mengemas rumah adalah perkara yang membosankan. Tambah-tambah jika anda menghadapi kesukaran untuk menghilangkan kotoran pada sesuatu barang, misalnya kerak hitam pada permukaan atas kuali.

Nah, kami kongsikan dengan anda beberpa tips mudah yang boleh anda lakukan di rumah.

1. Kerak hitam pada kuali

Memasak makanan bergoreng kadang-kala boleh meninggalkan kesan kerak hitam pada permukaan dalam kuali. Kadang-kadang kerak hitam tersebut sangat susah ditanggalkan biarpun sudah mencuba pelbagai produk pencuci.

Mudah sahaja, dengan menggunakan ubat gigi, kerak hitam tersebut boleh ditanggalkan. Picit ubat gigi pada bahagian yang hendak dicuci kemudian gosok dengan span lembut hingga tanggal kerak-kerak hitam berkenaan dan sebelum dibilas dengan air bersih.

2. Kotoran pada bahagian dalam botol

Ini antara cabaran terbesar bagi mereka yang gemar menyimpan botol untuk dijadikan bekas menyimpan minuman. Disebabkan bukaan lubang botol yang kecil, ternyata agak sukar untuk memasukkan span dan mencuci di bahagain dalam.

Apa yang perlu anda buat adalah dapatkan dua span pencuci, dua magnet kecil dan gam. Belah pada bahagian tengah span, kemudian masukkan magnet di bahagian dalam span tersebut dan gam kembali kawasan yang dibelah.

Ketika anda ingin membasuh bahagian dalam span tersebut, anda cuma perlu memasukkan span dengan magnet ke dalam botol dan biarkan trik ‘magik’ zaman kanak-kanak anda lakukan tugas membersih itu.

3. Mencuci bahagian dalam pengisar

Sesetengah suri rumah mendapati ianya agak sukar membersihkan bahagian dalam pengisar sekiranya ia digunakan untuk mengisar bahan masakan mudah melekat ataupun berminyak.

Sebenarnya ada tips mudah dimana anda mampu menghapuskan kesan kotoran ini dalam tempoh masa 10 saat sahaja.

Mula-mula, anda masukkan air sederhana panas kedalam pengisar dan tambahkan sedikit pencuci. Kemudian hidupkan pengisar dan biarkan pergerakkan di dalam pengisar mencuci serta menanggalkan semua kotoran yang melekat.

Banyak lagi tips-tips berguna untuk anda cuba dengan menonton video dibawah. Semoga bermanfaat.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=LnSc_uD9h1k]

 

Sumber: 5 Minutes Craft

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.