Siakap Keli

(Video)Unik, Warga Emas Ini berjaya Hasilkan QR Code Moden Dengan Anyaman Buluh

Seiring dengan perkembangan teknologi, cara berbelanja dalam dunia moden juga turut berubah. Jika dahulu perlu membawa wang tunai untuk membayar barang yang dibeli, kini ia menjadi lebih mudah dengan adanya cara yang lebih mudah seperti QR Code.

QR Code ataupun Quick Response Code yang bermula di Jepun pada tahun 1994, kini menjadi trend dan boleh ditemui di mana-mana sahaja.

Bagaimanapun lelaki berusia 65 tahun ini mempunyai cara yang tersendiri dalam menghasilkan QR Code. berbanding dicetak di atas permukaan seperti kertas, Xie Shiyang yang berasal daripada China ini menghasilkan QR Code yang dianyam menggunakan buluh.

Mengambil masa selama 3 jam untuk menyiapkan anyaman buluh QR Code, Xie adalah antara penyumbang yang menjadikan China negara terbesar di dunia yang menggunakan QR Code.

Saksikan video di bawah yang menunjukkan Xie mengaplikasikan kemahiran anyaman berusia ribuan tahun dengan teknologi moden.

Sumber: SCMP

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.