Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tak Cukup Belanja Kahwin, Anggota Tentera Cetak Wang Palsu

Terdesak untuk menampung perbelanjaan majlis perkahwinannya, seorang anggota tentera mengambil jalan pintas dengan mencetak wang palsu bernilai RM4,000 dengan menggunakan mesin pencetak di pejabatnya sejak awal bulan ini.

Bagaimanapun, kegiatan licik lelaki berusia 28 tahun itu terbongkar apabila membuat laporan polis dengan mendakwa menerima wang palsu itu dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di sini​​​​, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Jonathan Ringgit berkata ,suspek membuat laporan polis pada tengah hari semalam dengan harapan pihak bank dapat menukarkan wang palsu itu dengan wang tulen.

Namun, katanya, siasatan polis mendapati suspek telah menyerahkan wang berkenaan kepada tunangnya namun keaslian wangtersebut dicurigai dan suspek telah dinasihati untuk membuat laporanpolis selepas mendakwa mengeluarkan wang itu dari mesin ATM.

“Suspek sebenarnya memang ada mengeluarkan wang RM4,000 dari mesin ATM bank berkenaan Jumaat lalu bagi kegunaanperbelanjaan perkahwinan tetapi menyerahkan wang yang disyaki palsukepada tunangnya,”​​​​​​​ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata suspek yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac depan, ditahan malam tadi dan polis turut merampas ​25 keping not RM100 dan 30 keping RM50 serta seunit mesin pencetak.

Katanya, ​​​​​​​​​​​​​​suspek direman selama empat hari mulai hari ini bagimembantu siasatan mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Nur Farra