Siakap Keli

”Berlinang Air Mata, Syurga Tempat Kau Bang,” Netizen Sebak Lihat Kegigihan Lelaki Menjaga Ibunya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jerih payah ibu bapa dalam membesarkan anak-anak tidak terbalas hingga hingga ke akhir hayat. Kerana itu darjat ibu bapa diangkat ke tempat yang paling mulia, selayaknya diberi penghormatan setinggi-tingginya oleh si anak.

Perkongsian oleh seorang pengguna media sosial, saudara Syafiq Hamzul baru-baru ini ternyata menjentik emosi sehingga ramai yang mengalirkan air mata kerana terharu.

Dalam gambar yang dimuat naik oleh beliau, jelas kelihatan kasih sayang seorang anak kepada ibunya yang sudah uzur. Dibawa ibu tersebut membonceng motosikal dan kemudian mereka menikmati makanan di sebuah kedai.

Si anak lantas menyuap si ibu dengan pandangan penuh kasih sayang. Bukan sahaja netizen, malah kami sendiri turut sebak melihat layanan seorang anak kepada ibu yang wajar dijadikan teladan oleh kita.

Bagoh deh anok dyo bawok mok mari make keda dgn keadaan mok takleh jale.

Buleh ko kito staro ni jago mok ayoh kita kalu tua gini sikit lagi?

 

Rata-rata netizen menzahirkan kesedihan mereka melalui ruangan komen. Siapa sahaja yang tidak terkesan setelah melihat gambar di atas? Moga Allah merahmatinya kerana keihlasan menjaga ibu walau dalam keadaan serba kekurangan. Amin.

SEMOGA ANAKNYA DIMURAHKAN REZEKI

‘FREE FREE’ BOLEH SYURGA

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA

SYURGA TEMPAT KAU BANG

AIR MATA AKU KELUAR, TELADAN YANG BAIK

Sumber : Shafiq’s Hamzul

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.