Siakap Keli

Ibu Muda Selamat Lahir Bayi Kembar 7 Secara Normal, Pertama Di Negaranya

Seorang ibu muda di Iraq mencatat sejarah apabila melahirkan bayi kembar 7 secara normal, dengan semua anak-anaknya dilaporkan normal dan sihat.

Wanita tersebut dikatakan selamat melahirkan semua bayi tersebut di sebuah hospital di Daerah Diyalai, manakala kelahiran bayi kembar tujuh itu merupakan yang pertama di negara sedang bergolak itu.

Firas Al Izzawi, jurucakap hospital berkata, ibu muda berusia 25 tahu yang tidak dinamakan itu juga disahkan berada dalam keadaan sihat selepas selesai proses kelahiran.

Ketujuh-tujuh kembar tersebut terdiri daripada 6 bayi perempuan dan seorang bayi lelaki.

Peristiwa kelahiran bayi kembar tujuh itu pantas tersebar di seluruh negara dan disambut dengan kegembiraan oleh orang ramai. Malah, beberapa keping gambar bayi-bayi tersebut juga turut dimuat naik di media sosial.

Suami kepada ibu muda itu, Youssef Fadl berkata, selepas dianugerahkan tujuh anak dalam satu masa, mereka tidak merancang untuk menambah zuriat lagi selepas ini memandangkan sudah pun mempunyai tiga orang anak yang lain.

Sumber: The Mirror UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.