Siakap Keli

Operator Polis Bingung Terima Panggilan Dari Lelaki Nak Laporkan Ganja Miliknya Dicuri

Seorang penagih dadah membuat operator polis hairan dan bingung apabila dia membuat panggilan ke talian 999 untuk mengadu mengenai kecurian ganja miliknya.

Operator polis di Buckinghamsire menerima laporan dari lelaki tersebut yang meminta polis menangkap ganja yang juga merupakan rakannya.

“Hello, saya ingin melaporkan bahawa ada orang mencuri ganja milik saya,” kata pemanggil tersebut kepad operator polis.

Menurut pegawai polis yang bertugas, talian 999 atau 101 tidak sesuai digunakan untuk melaporkan kehilangan ganja namun mereka pasti pemanggil tersebut berada dalam keadaan tidak normal.

Meskipun pihak polis dapat mengesan lokasi pemanggil, tiada sebarang tindakan atau penangkapan dibuat berikutan suspek telah melarikan diri.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar