Siakap Keli
The Coverage

Akibat Kerap Guna Telefon Dengan Kecerahan Skrin Maksimun, Mata Gadis Ini Rosak Dan Dipenuhi ‘Lubang’ Kecil

Seorang wanita di Taiwan tanpa sedar menjadi punca kepada kerosakkan matanya sendiri apabila kerap menggunakan telefon bimbit pada tahap kecerahan penuh dalam tempoh dua tahun.

Keadaan kesihatan matanya yang semakin menurun hanya disedari bermula Mac tahun lepas. Menurut laporan Apple Daily, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Chen, 25, bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat yang mana menuntut Chen untuk sentiasa bersama-sama dengan telefon dalam sebarang situasi.

Malah, Chen juga mengakui kerap menggunakan telefon bimbit di dalam cuaca terang seperti di kawasan luar dan terpaksa menaikkan kecerahaan skrin telefon untuk memudahkan urusan kerjanya.

Menurut Chen, dia sentiasa mentapkan kecerahan skrin pada tahap maksimum ketika waktu bekerja dan terlupa untuk menukarnya ketika berehat di rumah. Lebih teruk, dia gemar menggunakan telefon bimbit di dalam gelap ketika malam sambil mengekalkan tahap kecerahan berkenaan.

Keadaan ini berlarutan untuk tempoh dua tahun sehinggalah dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan matanya. Pada mulanya dia cuba menangani keradangan pada mata dengan menggunakan ubat titik, namun tidak berjaya.

Tidak lama kemudian, dalam hanya tempoh empat bulan matanya mula membengkak dan berlaku pendarahan sehingga kemerah-merahan. Chen tidak menunggu lama, terus menuju ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Di hopsital doktor memaklumkan bahawa salur kecil darah pada mata kirinya telah pecah dan tahap penglihatannya menurun kepada 0.6. Manakala tahap penglihatan pada bahagian mata kirinya lebih teruk menurun kepada 0.3. Lebih mengejutkan, doktor menemui sekitar 500 lubang kecil pada bahagian mata tersebut.

Chen diberikan steroids untuk merawat matanya dan menunjukkan tanda-tanda semakin pulih tiga hari kemudian. Menurut doktor yang merawatnya, Chen secara konsisten menggunakan telefon dengan tahap kecerahan skrin pada 625 Lumen, yang mana 300 Lumen lebih tinggi daripada tahap yang disarankan.

”Menggunakan telefon bimbit pada kecerahan demikian untuk tempoh dua jam sama seperti membakar bola mata anda di dalam ketuhar,” kata doktor.

Sumber: Apple Daily, The Coverage

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di