Siakap Keli

Dianggap Gila Kerana Bertopeng Lebih 20 Tahun, Alasan Wanita Ini Tidak Mahu Menjadi Beban Buat Suaminya Menangis

Mendirikan rumah tangga dan hidup bersama-sama lebih daripada 20 tahun, tetapi lelaki ini tidak pernah sekalipun menatap wajah isterinya. Jika anda berada ditempatnya, apakah perasaan anda?

Semuanya gara-gara tindakkan si isteri yang memilih untuk mengenakan topeng muka untuk sepanjang masa. Malah, sejak sebelum kahwin lagi lelaki ini tidak pernah tahu bagaimanakah rupa bakal isterinya.

Menurut laman TWGREATDAILY, hanya bahagian mata, mulut dan hidung wanita ini sahaja didedahkan kepada orang luar teramsuklah keluarga dan suaminya.

”Sudah lebih 20 tahun isteri saya memakai topeng. Orang luar sering kali menganggap isteri saya adalah seorang raksasa ataupun orang gila apabila berselisih,” kata si suami.

Ada satu ketika dedah si suami, dia pernah merasa risau dengan keputusan isterinya itu dan memaksa topeng itu dibuka. Bagaimanapun dia terkejut kerana isteri mengugut untuk membunuh diri sekiranya terus dipaksa.

Tidak mahu kehilangan isterinya, si suami mengalah dan cuba mencari punca kenapa isterinya bertindak sedemikian dengan bertanya kepada ahli keluarga wanita tersebut.

Saat apabila dia mengetahui rahsia sebenar, barulah dia mengerti bahawa isterinya telah melakukan pengorbanan besar selama ini demi dirinya.

Bukan kerana rupa tidak cantik atau kulit tidak elok, tetapi masalah kesihatan menjadi punca si isteri bertindak memakai topeng.

Lebih-lebih lagi dia tahu bahawa suaminya tidak kaya, justeru dia tidak mahu membebankan suaminya dengan kos rawatan yang tinggi sekiranya tidak mengenakan topeng. Wanita itu juga tidak mahu masalah kesihatannya nanti menghalang dia daripada menyumbang tenaga membantu suaminya.

Menurut keluarga si wanita itu, dia mengalami masalah mudah pening sehingga pengsan sekiranya bahagian kepalanya terdedah kepada persekitaran luar.

Pemeriksaan lanjut mendapati bahawa wanita ini menghidapi masalah skizorfrenia iaitu satu masalah mental berkaitan halunisasi, delusi, pemikiran yang kacau dan perubahan tingkah laku.

Dengan memakai topeng berkenaan, dia merasa lebih selesa dan tidak terlalu terpengaruh dengan cakap-cakap manusia di sekeliling.

Mendengar sahaja alasan yang didedahkan oleh keluarga isterinya, si suami merasa amat sebak kerana mengenangkan pengorbanan isterinya yang rela dianggap gila dan dilayan sebagai manusia tidak normal lebih daripada 20 tahun semata-mata kerana tidak mahu membebankan dirinya.

Si suami kemudian bertekad untuk membanting tulang setiap hari mengumpul wang demi merawat masalah yang dialami oleh isterinya itu.

Azamnya cuma satu, supaya isteri tidak lagi perlu bergantung pada topeng untuk menjalani kehidupan.

Sumber: Tribun News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.