Kuala Lumpur : Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 2.46 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa itu terletak kira-kira 327 kilometer (km) selatan dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 10km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber : Bernama