Siakap Keli
Gambar : Mirror UK

Doktor Terkejut Keluarkan Batu, Penutup Botol Dan Duit Syiling Dari Perut Seorang Lelaki

Mungkin agak pelik, tetapi ini yang berlaku. Puluhan batu, beberapa penutup botol dan duit syiling antara yang dijumpai oleh sekumpulan doktor di dalam perut seorang lelaki.

Lelaki itu didakwa telah menelan semua benda asing itu bagi mengatasi rasa cemas atau kebimbangan yang dialaminya selama ini.

Gambar : Mirror UK

Lelaki berusia 54 tahun itu pada mulanya dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah sakit perut yang teruk dan kembung.

Doktor telah melakukan beberapa ujian terhadap lelaki warga Korea tersebut bagi mengenal pasti punca penyakitnya.

Mereka kemudiannya mendapati sesuatu seperti batu-batuan kecil apabila menyentuh perut lelaki tersebut.

Setelah melakukan imbasan, doktor terkejut apabila melihat longgokan benda asing berada di dalam perut lelaki tersebut.

Gambar : Mirror UK

Ia meliputi batu-batu, beberapa penutup botol dan duit syiling seberat 2 kilogram semasa dikeluarkan dari perutnya.

Kes yang luar biasa ini telah didedahkan oleh Dr. Pyong Wha Choi dalam Jurnal Amerika Laporan Kes Perubatan.

Gambar : Mirror UK

Pesakit tersebut dipercayai telah menelan semua benda itu dalam tempoh masa yang lama sebagai satu cara menangani masalah kebimbangan.

Semasa disoal-siasat, dia mengaku dia sering menelan duit syiling dan batu-batu kecil sewaktu dia merasa cemas biarpun sebelumnya telah mengambil ubat penenang.

Difahamkan, lelaki tersebut yang berasal dari Goyang, utara ibu kota Seoul dilahirkan dengan kecactan intelektual.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.