Siakap Keli

Kejam, Pelajar Dituduh Mencuri Dilaporkan Meninggal Dunia Selepas Dibelasah 19 Rakan

Seorang pelajar sekolah pondok maut dipercayai menjadi mangsa belasahan 19 orang rakannya, dalam kejadian yang berlaku di asrama sekolah di Padang Panjang, Sumatera Barat.

Robi Alhalim, 18, meninggal dunia pada 18 Februari selepas lebih seminggu tidak sedarkan diri. Menurut laporan Detik.news, mangsa dipukul setelah dituduh menjadi dalang utama kes kecurian yang berleluasa di asrama berkenaan.

Polis ketika ini sedang menyiasat sama ada mangsa adalah dalang dalam kes kecurian seperti yang didakwa.

Jurucakap polis juga mendadahkan bahawa mangsa pukul dan penderaan untuk tempoh tiga hari iaitu pada 7, 8 dan 10 Februari lepas.

Menurut polis lagi, kesemua suspek hanya berhenti mendera mangsa pada 10 Februari setelah menyedari keadaan mangsa yang semakin tidak bermaya.

Mangsa kemudia dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Ketika di hospital, keadaan mangsa semakin kritikal dan koma lebih daripada seminggu sebelum disahkan meninggal dunia.

Pihak polis sudahpun menahan 17 orang suspek dan turut merampas barang kes seperti tongkat yang dipercayai diguna untuk memukul mangsa.

Sumber: Detik News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.