Siakap Keli
Gambar hiasan

Lari Dari Bayar Hutang RM16 Juta, Wanita 59 Tahun Sanggup ‘Ubah’ Wajah

Seorang wanita di bandar Wuhan, Shanghai, China yang berusia 59 tahun telah menjalani pembedahan plastik di wajahnya bagi mengelak membayar hutang peribadinya yang berjumlah 25 juta yuan (RM16 juta).

Pihak polis dilaporkan terkejut dengan perubahan mendadak yang dilakukan oleh wanita itu yang melarikan diri ke bandar Shenzhen di tenggara China selepas sebuah mahkamah di Wuhan memerintahkannya membayar hutang berkenaan.

“Kami terperanjat melihat wajah wanita itu kerana dia kelihatan seperti wanita berusia 30-an dan berbeza daripada gambar yang kami peroleh,” kata polis berkenaan seperti yang dilaporkan agensi berita Xinhua.

Wanita yang dikenali sebagai Zhu Najuan mengaku menggunakan kad kredit bagi membiayai pembedahan itu selain menggunakan kad pengenalan orang lain bagi memudahkan pergerakannya di negara ini menggunakan kereta api.

Sumber – The Telegraph

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Editor: Aisha Ratnila

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di