Siakap Keli

“Gimik Tak Tercapai Akal,” Penonton Tergamam Filem Misteri Dilaila Tayang 2 Versi Babak Akhir Berbeza Di Pawangan Berlainan

Desas-desus filem terbaru arahan daripada pengarah muda berbakat, Syafiq Yusof dengan pelancaran Misteri Delaila di kesemua panggung di Malaysia mendapat sambutan yang hangat.

Filem ini semakin menjadi bualan orang ramai apabila ia dikatakan mempunyai 2 pengakhiran cerita yang berbeza.

Segalanya bermula apabila ada diantara penonton yang menyaksikan filem tersebut telah berkongsi di laman media sosial bahawa perjalanan babak akhir filem itu berbeza daripada apa yang ditonton dan diceritakan oleh rakannya yang lain.

‘Gimik’ ini sekaligus mengejutkan para penonton apabila pengakhiran filem ini dibuat dengan 2 versi di pawangam yang berbeza-beza.

Perkara ini turut disahkan salah satu pawagam yang menayangkan filem berkenaan.

Sumber: MBO, Twitter

Nur Farra